suria

Ada banyak kenangan tapi terpaksa lepaskan, Dwan Olan mahu jual 6 buah gitar tampung kos beli ubat

DEMI meneruskan kelangsungan hidup, penyanyi Dwan Olan membuat keputusan menjual enam buah gitar kesayangannya.

Isterinya iaitu Zarina Anuar berkata, walaupun berat namun mereka akur kerana hasil penjualan itu nanti boleh membiayai kos perubatan Dwan yang menghidap pelbagai penyakit.

"Sebenarnya gitar itu tak digunakan lagi jadi nak jual sebab boleh tampung kos rawatan perubatan suami.

"Suami selalu menangis tengok koleksi gitar tersebut, jadi rasanya elok dijual sebab saya pun tak mahu tengok dia menangis," katanya kepada mStar.

Dwan bakal membuat persembahan di showcase amal Malam Solaturahim yang bakal menghimpunkan 12 legenda muzik bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 25 Disember depan.

Selain Dwan, antara artis lain yang bakal menghiburkan penonton pada malam itu nanti adalah Mel Wings, Joey BPR, Ali XPDC, Aris Ariwatan,

Poey Sting, Ameng Spring, Asheed DEF GAP C, Bagiio, Amir Ukays, Wan Bossanova dan Noorshila Amin.

Pihak penganjur juga akan memberi sumbangan kepada 20 penggiat seni dan rakan media yang kurang bernasib baik bagi membantu meringkan beban mereka.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi