suria

Idzham Ismail kurang selesa digelar duda, terkejut ramai wanita bergurau ajak kahwin

SAH bercerai pada awal November lalu, pelakon Idzham Ismail tidak menyangka dia menerima banyak kata-kata sokongan dalam kalangan peminat di media sosial.

Bukan itu saja, Idzham atau Muhammed Idzham Ismail, 36, juga memberitahu ada juga pengikutnya meninggalkan komen seolah-olah berminat untuk mencuba nasib menjadi calon isterinya.

“Saya tak jangka pun perkara tu sebab waktu tu tengah jaga anak sedang sakit kemudian saya lihat satu trend di TikTok kemudian buat video, terkejut bila bangun tidur dapat macam-macam mesej dan komen.

“Segala komen-komen yang ada dalam video tu saya tak ambil serius malah anggap mereka bergurau kerana nak hiburkan saya,” kata Idzham kepada mStar.

Dalam pada itu Idzham memberitahu buat masa ini dia belum terbuka pintu hati untuk menerima mana-mana calon isteri kerana mahu merawat dirinya terlebih dahulu.

“Komen mereka memang kreatif sampai ada yang nak jadi isteri saya, tapi saya belum sedia lagi sebab sekadar nak lihat cantik saja tidak cukup, kena tengok pakej cukup agama semua termasuklah anak saya,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi