suria

“Saya tengah minum tiba-tiba gelas pecah” - Khatijah Tan cerita pengalaman seram kena tempias ilmu hitam

PELAKON Khatijah Tan mendedahkan dia pernah mengalami beberapa kejadian pelik akibat perbuatan syirik yang dilakukan oleh orang sekeliling.

Khatijah, 63, bagaimanapun berkata dia tidak pernah gusar dengan perkara itu sebaliknya hanya yakin dan percaya dengan kekuasaan Allah.

“Saya ada terima benda itu (perkara mistik). Selalu dapat mimpi tentang benda itu. Saya pernah minum air, kemudian gelas tersebut pecah. Sebenarnya dekat kampung saya, dia bukan nak hantar tetapi mahu melepaskan benda itu.

“Saya memang dikelilingi dengan benda-benda itu. Jadi nak elakkan benda itu, iman kita memang kena kuat. Jangan terlalu berfikir yang kita kena buatan orang,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Khatijah merupakan salah seorang pelakon dalam filem seram Jangan Pandang Belakang 2... Aku Tahu Asal Usulmu yang bakal mula ditayangkan pada Khamis ini.

Selain Khatijah, pelakon yang turut membintangi filem arahan Pierre Andre itu adalah Emma Maembong, Mawar Rashid, Alif Hadi, Iedil Dzuhrie Alaudin dan ramai lagi.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi