suria

Enggan panjangkan kemelut, bekas adik ipar saman Iqbal Zulkefli RM5 juta... “Kalau tak fitnah tampil di mahkamah”

USAHAWAN Anes Ayunie memberitahu dia bakal memulakan tindakan saman terhadap bekas abang iparnya iaitu usahawan Iqbal Zulkefli sebanyak lebih RM5 juta.

Ayunie atau nama sebenar Anes Ayunie Osman, 22, berkata, tindakan itu dibuat selepas Iqbal didakwa membuat tohmahan termasuklah memfitnah sehingga mencemarkan maruah diri serta perniagaannya.

"Kali ini saya nak bersuara sebab sudah penat dengan semua ini, selama ni saya sabar sebab ikut arus undang-undang seperti yang keluar daripada mulut dia (Iqbal).

"Saya tuntut saman atas fitnah yang dikeluarkan dan sekarang saya sudah melantik peguam dan sekarang sedang menghantar tuntutan saman, tapi yang kesalnya pihak peguamnya beritahu sehingga sekarang belum dapat arahan.

“Jangan la tabur fitnah terhadap saya sehingga menjejaskan reputasi sampai orang boikot dan apa yang dituduh sangat berat malah kata saya bolot harta,” kata Ayunie kepada mStar.

Dalam pada itu Ayunie yang juga meminta Iqbal untuk memberikan kerjasama yang baik supaya mereka dapat menamatkan kemelut ini dengan segera.

“Saya berharap segala cetusan ini tamat di media sosial dan cukup henti disitu kerana saya pun tidak mahu mengaibkan sesiapa lagi, tak mahu terus bergaduh lagi jadi apa kata mudahkan urusan untuk kita pergi ke mahkamah untuk selesaikan perkara ini,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi