suria

Anak makin popular, Achey dah pesan cikgu jangan terlalu manjakan Tiara... “Kalau buat salah, marah”

MULA meniti populariti, pelawak Achey Bocey memberitahu dia tidak mahu anaknya iaitu Nur Tiara Zinnirah diberikan layanan istimewa ketika berada di sekolah.

Berkongsi perkara itu Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, berkata dia lagi selesa sekiranya anaknya itu dilayan sama seperti kanak-kanak lain khuatir sekiranya Tiara hanyut dengan populariti.

“Perkembangan Tiara sangat baik malah sangat baik dengan gurunya di sekolah, Tiara tidak teruja malah macam tidak terasa bahawa Tiara tu popular di sekolah.

“Walapun orang tahu Tiara popular tapi tetap sama malah kalau pakai baju pun biasa saja dan pakai baju saya, selalunya saya akan pesan pada guru jangan manjakan sangat Tiara kalau salah marah saja.

“Sama juga dengan orang lain kalau dia buat salah tetap kena hukuman denda tiada layanan istimewa malah alhamdulilah Tiara suka dengan suasana kampung jadi mudah untuk jaga,” kata Achey kepada mStar.

Dalam perkembangan lain Achey kini sedang sibuk bagi mempersiapkan diri untuk membuat persembahan bagi konsert pertama mereka iaitu Bocey Comeback Live In Singapore pada 30 November ini bergandingan dengan Dol’s podcast bertempat di Capitol Theatre.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi