suria

[V] Fazura dapat hak jaga anak, Fattah Amin boleh jumpa 3 kali seminggu

PELAKON Fattah Amin dan bekas isterinya iaitu Nur Fazura Sharifuddin mencapai kata sepakat berhubung hak penjagaan anak mereka, Nur Fatima Aisya.

Menurut peguam mewakili Fattah iaitu Syamimi Ab Rahman, hak penjagaan penuh diserahkan kepada Fazura, manakala aktor tersebut diberikan hak lawatan dan bermalam.

Menerusi persetujuan yang dicapai itu, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, dibenarkan bermalam sebanyak dua kali sebulan dan lawatan tiga kali seminggu.

Copy of Untitled - 2024-11-12T114136.693

Fazura bersyukur perkara itu diselesaikan dengan baik.

"Untuk terma tuntutan hadanah, kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk memberikan hak penjagaan anak kepada Fazura selaku ibu kandung.

"Untuk hak lawatan ada dua terma iaitu lawatan bermalam dan lawatan harian. Untuk bermalam, Fattah diberikan hak sebanyak dua kali dalam sebulan bergantung kepada kelapangan Fattah iaitu ambil pada hari Jumaat dan pulang pada hari Ahad.

"Bagi lawatan harian dan tanpa bermalam, Fattah dibenarkan untuk meluangkan masa bersama Fatima sebanyak tiga kali seminggu," katanya kepada mStar.

Syamimi memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas selesai urusan merekodkan hak hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura rekod persetujuan berkaitan nafkah idah dan anak, fail kes hadanah terhadap Fattah Amin

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura dan Fattah Amin sah bercerai talak satu

Sementara itu, Fazura ketika ditemui meluahkan rasa syukur apabila kes mengenai penjagaan anak itu dapat diselesaikan secara baik.

"Alhamdulillah. Saya tidak ada apa nak cakap, semuanya saya serah kepada peguam,” ujarnya.

Dalam pada itu, peguam mewakili Fazura iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan berkata isu hadanah tersebut sebenarnya sudah selesai sebelum mereka bercerai lagi.

"Sebenarnya tiada apa pun. Ia sudah selesai secara aman memandangkan persetujuan sudah dibuat sebelum mereka bercerai lagi," ujarnya.

2999363

Fazura dan Fattah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu.

Sementara itu, Fattah ketika ditemui enggan ditemu bual dan memohon untuk perlu segera pulang.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura yang mendirikan rumah tangga pada November 2017 itu sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lepas.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain