suria

Polis jumpa pil kuda dalam tandas bilik hotel, dipercayai dijual untuk pasaran di Kelantan

Pihak Polis Thailand percaya 6,000 pil kuda ditemukan untuk dijual di Kelantan.

POLIS Thailand menemukan sebanyak 6,000 pil kuda di tandas bilik hotel ketika menyerbu bilik hotel milik penyanyi dialek Kelantan, suami dan empat rakan mereka pada di Sungai Golok pada 1 November lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Polis Jadsadavit Inprapan berkata, berdasarkan siasatan pihaknya percaya dadah tersebut bukan untuk kegunaan peribadi sebaliknya bertujuan untuk dijual kepada penagih dadah di Kelantan.

"Polis dari Balai Polis Sungai Golok melakukan serbuan di sebuah bilik di hotel pada hari kejadian berdasarkan maklumat mengenai aktiviti dadah dijalankan di lokasi berkenaan.

NP (7)

Enam suspek sedang ditahan reman di penjara Narathiwat.

"Dalam serbuan dijalankan awal pagi 1 November itu, pasukan polis menemui pil yang diletakkan dalam tandas di bilik hotel sebelum menahan enam individu termasuk tiga wanita.

"Berdasarkan kuantiti pil kuda itu, kami percaya dadah itu bukan untuk kegunaan peribadi sebaliknya ia untuk dijual kepada penagih dadah," katanya kepada media pada Sabtu.

Tambah Jadsadavit, selepas keenam-enam suspek positif dadah pihaknya sedang menanti cetakan jari asid deoksiribonukleik (DNA) sebagai bukti kes berkenaan.

"Sampel air kencing dihantar ke Hospital Sungai Golok dan keputusan menunjukkan kesemuanya positif dadah.

ARTIKEL BERKAITAN: Permohonan ikat jamin penyanyi dialek Kelantan, suami dan 4 rakan ditolak mahkamah, ada potensi melarikan diri

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada layanan istimewa buat penyanyi dialek Kelantan, suami dan 4 rakan... Penjara di Selatan Thailand memang sedia makanan halal

"Sementara dadah dan cap jari dihantar ke makmal di Narathiwat. Hasilnya dijangka diperoleh dalam tempoh sebulan," katanya.

Sementara itu, kata Jadsadavit, mereka tidak perlu mencari saksi kerana bukti yang dikumpul polis sudah mencukupi.

"Tidak perlu mencari saksi kerana ia bukan bukti kukuh. Cukup bagi kami apabila kami menemui pil di dalam bilik dengan enam orang di dalamnya dan kemudian semuanya positif dengan pil kuda.

"Polis tidak memilih individu ketika melakukan serbuan seperti yang didakwa pihak tertentu kerana kita tidak tahu sama ada mereka orang biasa atau selebriti.

Kami percaya dadah itu bukan untuk kegunaan peribadi sebaliknya ia untuk dijual kepada penagih dadah.

KOLONEL POLIS JADSADAVIT INPRAPAN

KETUA POLIS DAERAH SUNGAI GOLOK

"Kami hanya menjalankan tugas membanteras kegiatan dadah seperti pihak berkuasa lain di negara lain," jelasnya.

Ditanya mengenai dua rakyat Malaysia yang didakwa melarikan diri semasa serbuan, Jadsadavit berkata, siasatan polis tidak menunjukkan kehadiran mereka di tempat kejadian.

"Kami hanya menemui tiga lelaki dan tiga wanita, semuanya rakyat Malaysia di dalam bilik itu," katanya.

Pada 4 November lalu, kesemua suspek dibawa ke Penjara Narathiwat selepas permohonan mendapatkan reman diluluskan Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand.

NP (4)

Polis Thailand percaya pil kuda dimiliki enam suspek untuk dijual di Kelantan.

Keenam-enam suspek ditahan reman selama tiga bulan atau 84 hari bagi membantu siasatan polis.

Pada 1 November lalu, mereka ditahan bersama 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat selepas selesai berhibur di sebuah pusat hiburan.

Selepas siasatan dijalankan, jurucakap polis memberitahu kesemua suspek didapati positif dadah.

Mengikut undang-undang di Thailand, kesalahan memiliki 6,000 pil kuda boleh dikenakan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun dan denda 200,000 baht atau RM25,880.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain