PENDAKWAH selebriti Da'i Syed akan terus berjuang bagi membersihkan nama baiknya selepas didapati bersalah merogol seorang wanita pada 2019. Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, berkata, perjuangan tersebut dilakukan demi keluarga selain enggan membiarkan anak perempuannya membesar dalam suasana negatif disebabkan kecaman netizen. "Kes ini memang sukar bagi saya, saya perjuangkan sampai ke tahap Mahkamah Tinggi pun bukan untuk orang lain tetapi keluarga, isteri dan anak. "Saya tak mahu anak saya membesar nanti dalam keadaan trauma dan sedih dengan kata-kata orang luar. Syed ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa. "Jadi saya di sini untuk membersihkan kembali nama saya insya-Allah," katanya kepada mStar. Syed berkongsi perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi sebutan rayuan berhubung sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas satu pertuduhan merogol seorang wanita pada 2019. Berkongsi mengenai keadaan mentalnya, Syed berada dalam keadaan baik namun sebagai manusia biasa dia tetap berasa kecewa dan sedih dengan kecaman orang ramai terhadapnya. Bagaimanapun apa lebih penting kata Syed, isterinya iaitu Hana Ismail sangat memahami dan setia di sisi ketika senang mahupun sukar. ARTIKEL BERKAITAN: Da’i Syed tampil imej botak, mohon doa urusan rayuan dipermudah ARTIKEL BERKAITAN: [V] 21 hari dalam penjara, Da'i Syed dapat berdakwah kepada banduan lain... Syukur terima layanan baik "Alhamdulillah keadaan mental saya okay. Saya pun manusia biasa. Ada masanya saya 'down' dan sedih. "Saya bersyukur Allah bagi isteri yang baik, kurniakan anak kepada kami. Alhamdulillah itu kesempurnaan untuk saya kuatkan diri, jiwa, hati dan minda," ujarnya. Syed juga memberitahu ketika ini dia banyak menghabiskan masa bersama keluarga daripada melakukan perkara sia-sia. “Saya banyak habiskan masa dgn anak isteri. Banyak duduk rumah sahaja. “Penerimaan keluarga okey. Saya baru balik kampung dan mereka sokong dan mendoakan segala urusan saya dipermudahkan,” jelasnya. Syed tidak mahu anaknya membesar dengan kata-kata cacian masyarakat. Untuk rekod, Syed mendirikan rumah tangga dengan Hana pada 3 Disember 2022 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang lahir pada 14 Ogos lalu. Sebelum ini, 30 Ogos lalu, Syed dihukum penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana didapati bersalah merogol seorang wanita di sebuah kondominium pada 2019. Bagaimanapun selepas 21 hari dipenjara, Syed dilepaskan sementara daripada menjalani hukuman tersebut pada 20 September lalu oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Penanguhan hukuman itu adalah sehingga rayuan pendakwah itu didengar dan diputuskan mahkamah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!