PENYANYI dialek Kelantan, suami dan empat rakan yang sedang direman di Penjara Narathiwat sejak 4 November lalu berada dalam keadaan baik. Jurucakap penjara memberitahu, keenam-enam suspek juga dipisahkan mengikut jantina di sel tahanan reman malah kaum wanita beragama Islam dibenarkan memakai tudung. "Buat masa ini enam rakyat Malaysia yang ditahan itu berada dalam keadaan baik. Enam suspek warga Malaysia didakwa miliki 6,000 pil kuda. "Mereka mengenai pakaian penjara berwarna coklat sepanjang tempoh tahanan. Bagi wanita beragama Islam mereka dibenarkan memakai tudung. "Cuma mereka dipisahkan mengikut jantina di sel bersama tahanan lain yang dicekup atas kesalahan kes dadah, gaduh, mencuri dan samun," katanya menerusi laporan Kosmo! pada Sabtu. Dalam pada itu, jurucakap berkenaan memberitahu tiada perbezaan layanan diberikan terhadap semua tahanan tidak kira mereka rakyat tempatan atau asing. Malah makanan disediakan di penjara di tiga wilayah Selatan Thailand juga daripada tukang masak beragama Islam dan halal. ARTIKEL BERKAITAN: Permohonan ikat jamin penyanyi dialek Kelantan, suami dan 4 rakan ditolak mahkamah, ada potensi melarikan diri ARTIKEL BERKAITAN: Tengok penyanyi Kelantan ditahan kes pil kuda di Thailand, pemuda imbau pernah terbabit kes sama 10 tahun lalu "Tiada diskriminasi terhadap banduan dari Malaysia. Makanan disediakan juga halal dan tukang masak juga merupakan orang Islam. "Itu merupakan kelebihan kepada tahanan yang ditempatkan di penjara di tiga wilayah Selatan Thailand,” ujarnya. Dalam pada itu, ahli keluarga juga dibenarkan untuk melawat tahanan seminggu sekali dalam tempoh 15 minit namun perlu membuat permohonan secara dalam talian terlebih dahulu. Pada 4 November lalu kesemua suspek dibawa ke Penjara Narathiwat selepas permohonan mendapatkan reman diluluskan Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand. Enam suspek perlu jalani tahanan reman selama 84 hari atau tiga bulan. Keenam-enam suspek ditahan reman selama tiga bulan atau 84 hari bagi membantu siasatan polis. Pada 1 November lalu, mereka ditahan bersama 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat selepas selesai berhibur di sebuah pusat hiburan. Selepas siasatan dijalankan, jurucakap polis memberitahu kesemua suspek didapati positif dadah. Mengikut undang-undang di Thailand, kesalahan memiliki 6,000 pil kuda boleh dikenakan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun dan denda 200,000 baht atau RM25,880. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!