suria

Pengacara televisyen, Meyra Khan dah hilang sabar! Tuntut stesen TV segera bayar gaji

Meyra terpaksa menularkan perkara ini di media sosial untuk mendapat perhatian lanjut.

SUDAH tidak dapat menahan sabar, personaliti TV Meyra Khan mendedahkan gajinya ketika berkhidmat di sebuah stesen televisyen masih lagi tidak dilunaskan.

Meyra, 29, mendakwa, dia bukan hanya berdepan isu pembayaran gaji malah caruman di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) turut tertunggak.

Lebih malang, Myra yang bekerja dengan stesen tersebut sejak 2022 memaklumkan kontraknya ditamatkan lebih awal iaitu pada Ogos lalu dan masih belum menerima gaji terakhirnya.

Meyra menggesa stesen TV terbabit melunaskan pembayaran gaji pekerja.

Meyra menggesa stesen TV terbabit melunaskan pembayaran gaji pekerja.

“Kami berdepan dengan kelewatan pembayaran gaji. Gaji saya bulan Julai lalu dibayar pada Oktober lepas. Kadang-kadang gaji dibayar lambat sebulan, dua bulan tapi sejak akhir-akhir ini sampai tiga bulan nak tunggu gaji.

“Sekarang saya masih menunggu bayaran gaji bulan Ogos, bayaran cuti tahunan malah caruman KWSP, Socso juga masih ada tungakkan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Meyra memberitahu masalah pembayaran gaji ini sudah dihadapi sejak mula dia bekerja di stesen TV itu namun tiada sebarang penyelesaian dibuat pihak pengurusan syarikat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ganti pelakon lain tapi stesen TV dipersalahkan, Kodi Rasheed terkejut punca sebenar produksi gugur namanya

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan tak bayar cuma lambat, stesen lain pun sama” – CEO Awesome TV jawab kontroversi hutang artis, produksi

Setiap kali pertanyaan diajukan tentang gaji, jawapan sama iaitu pihak syarikat akan membayarnya tetapi tidak menampakkan sinar untuk mendapat gaji pada tepat waktu.

“Sebenarnya isu bayaran ini sudah lama berlaku sejak saya mula bekerja di situ. Selepas itu nampak macam okay sekejap tapi sebulan sahaja dan selepas itu gaji kami dibayar agak lewat.

“Setiap bulan saya akan bertanya kepada pengurus kami, saya tidaklah terus berdepan dengan pemilik stesen TV itu terus kerana masih menghormati hierarki dalam syarikat.

Saya viralkan perkara sebagai jalan terakhir. Kalau saya memang nak viralkan, dari dulu saya sudah buat.

MEYRA KHAN

PERSONALITI TELEVISYEN

“Jawapan yang diberi tetap sama, ‘belum ada sinar’. Itu sahaja jawapan selalu kami dapat, jadi kena faham-faham sendirilah,” ujarnya.

Meyra bagaimanapun memberitahu dia terpaksa mendedahkan perkara ini di media sosial sebagai jalan terakhir demi menuntut keadilan buat dia dan rakan-rakan yang masih bekerja di stesen TV tersebut.

“Saya viralkan perkara sebagai jalan terakhir. Kalau saya memang nak viralkan, dari dulu saya sudah buat.

“Ini jalan yang terakhir untuk minta supaya stesen TV tersebut bertanggungjawab dalam melunaskan bayaran gaji pekerja.

Kontrak Meyra sebelum ini ditamatkan lebih awal.

Kontrak Meyra sebelum ini ditamatkan lebih awal.

"Saya tidak mempunyai masalah untuk bekerja dengan produksi tetapi itulah siapa sahaja yang boleh tahan? Ramai juga pekerja berhenti kerana masalah pembayaran gaji,” ujarnya.

Sebelum ini, Meyra memuat naik luahan dia sudah tiga bulan menunggu bayaran gaji daripada stesen televisyen itu.

Menerusi perkongsian video dibuat, Meyra memohon orang ramai untuk membantu menularkan perkara itu sehingga mendapat perhatian daripada pihak stesen televisyen berkenaan agar nasib mereka terbela.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain