suria

“Jadi nenek dah aku” - Sharifah Shahirah bakal timang cucu pertama, pesan anak bersalin di Kuantan

BAKAL menimang cucu pertama tidak lama lagi, pelakon dan penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah meluahkan rasa teruja menanti hari bersalin anaknya iaitu Tallisya.

Selain berkongsi tips memudahkan kelahiran, Shahirah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera, 50, juga berpesan kepada anaknya supaya bersalin di Kuantan, Pahang.

“Tipsnya adalah saya minta dia kena banyak bergerak seperti saya sebelum ini, sehari sebelum bersalin pun saya masih bekerja.

“Selain itu, saya cakap yang dia kena beranak di Kuantan sebab nanti dalam kad pengenalan ditulis 06 (kod kelahiran di Pahang). Nanti bolehlah dapat banyak promosi. Selain itu, kita hanya ikut sahaja ada aturannya,” katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai tempat berpantang, Shiera memaklumkan yang dia ada meminta supaya Tallisya berehat dirumahnya.

“Saya ada suruh pantang dekat rumah saya, tapi tidak tahulah macam mana nanti. Kalau saya jaga dia pantang, bolehlah saya pun sama makan makanan tersebut untuk jaga badan,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi