suria

Gigih kayuh beca niaga kuey teow, Chef Yang Jamil terkejut video viral sampai kena serbu

CEF selebriti, Chef Yang Jamil tidak menyangka ideanya untuk menjual makanan char kuey tiow menggunakan beca mendapat sambutan ramai pembeli.

Menurut Cef Yang Jamil atau nama sebenarnya Yang Jamil Yang Ghazali, 63, berkata walaupun baru tiga bulan beroperasi namun konsep perniagaannya itu menerima sambutan baik sehingga rakaman video tular di aplikasi TikTok.

“Saya tak tahu pula jadi tular kalau video saya buat tu hanya sekadar suka-suka tapi mungkin ramai pembeli yang datang kemudian buat video dan kongsikan itu yang jadi tular di TikTok.

“Tahun 90-an dulu saya sudah gunakan idea beca ini untuk meniaga di sekitar Sentul, kemudian saya tinggalkan konsep ini selepas sibuk dengan urusan keluarga tapi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), idea ini timbul kembali sebab pendapatan tidak menentu.

“Saya masak sendiri, kayuh beca sendiri daripada rumah dan kami baru beroperasi tiga bulan di sini... walaupun ekonomi agak tersepit tapi jangan patah semangat. Syukur ramai beri sokongan pada saya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi