PERNAH berdepan masalah pada bahagian peti suara, penyanyi Siti Nordiana memberitahu dia terpaksa melupakan kenikmatan minuman berkafein terutamanya kopi. Malah kata Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, 40, dia kini masih dalam proses membiasakan diri untuk menggunakan teknik betul dalam mengawal suara ketika membuat persembahan pentas. "Dahulu saya memang seorang penggemar kopi, tetapi selepas memulakan rawatan sebelum ini saya berhenti ambil kafein. Jika minum kopi akan menyebabkan kahak dan menjejaskan vokal. Teknik nyanyian betul membantu Nana menjaga peti suara. "Syukur keadaan suara sekarang semakin baik. Dengan bimbingan guru vokal (Datuk Syafinaz Selamat) saya belajar untuk kawal suara supaya tidak rosak. "Rawatan di hospital juga semuanya sudah selesai," katanya kepada mStar. Nana berkongsi perkara tersebut ketika sidang media Konsert Tomok & Siti Nordiana Mungkin Berulang yang berlangsung di Kuala Lumpur. ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana hilang suara, doktor pakar nasihat jangan bercakap... Perbicaraan kes saman 5 sekawan ditangguhkan ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana alami masalah peti suara, rupanya sudah 5 kali dijangkiti Covid-19 Dia sebelum ini pernah mendedahkan masalah yang dialami itu dipercayai susulan sudah lima kali terkena jangkitan Covid-19. Dalam keadaan sebegitu sekalipun ia tidak pernah menghalang Nana untuk terus menyanyi dan dia sebelum ini pernah bertanding selama 10 minggu dalam program Gegar Vaganza All Stars. "Menyanyi adalah kerjaya saya, jadi apabila berlaku masalah pada pita vokal sudah tentu itu akan memberi risiko terhadap nyanyian saya. Syukur keadaan suara sekarang semakin baik SITI NORDIANA PENYANYI "Saya tidak boleh nak duduk diam sebab ada banyak kerja yang perlu diselesaikan. Cuma saya akan pastikan sekurang-kurangnya sebulan sekali akan hadiri latihan vokal," ujarnya. Tambah penyanyi ini dia mengharapkan dapat melakukan lebih banyak persiapan menjelang konsert yang dijadualkan pada 1 Februari 2025. Bercakap lanjut Nana meluahkan rasa teruja untuk berkongsi pentas dengan Tomok selepas lagu duet mereka mendapat sambutan hangat peminat. Nana dan Tomok teruja untuk menghiburkan peminat mereka. "Pengalaman mengadakan konsert sebelum ini mengajar saya untuk buat lebih baik. Untuk konsert akan datang saya ada masa lebih lama untuk melakukan persiapan. "Konsert ini merupakan kesinambungan lagu duet kami berjudul Memori Mungkin Berulang. Ini satu peluang keemasan dan tak mungkin saya tolak. Tomok juga menjanjikan konsert ini dapat mengembalikan nostalia lagu-lagu kami dahulu," jelasnya. Konsert tersebut bakal berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur dan tiket boleh dibeli secara atas talian di www.ticket2u.com.my dengan harga serendah RM98. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube