suria

[V] Siti Khadijah masih ingat insiden dicampak skrip, kena buli di lokasi penggambaran

KETIKA isu pelakon baharu menjadi mangsa buli di set penggambaran, aktres Siti Khadijah turut mengakui pernah melalui pengalaman sama ketika di awal pembabitannya dalam dunia lakonan.

Cerita Siti atau Siti Khadijah Halim, 27, dia masih teringat layanan buruk yang diberikan oleh sebuah produksi terhadap dirinya termasuklah dicampak skrip.

Justeru itu, Siti berharap kejadian buli itu tidak dinormalisasikan kerana ia hanya akan mewujudkan suasana pekerjaan yang tidak sihat.

"Saya harap perkara ini (buli) ini tidak dinormalisasikan dan ia perlu dihentikan. Kalau saya nampak orang kena buli saya juga akan bertindak. Saya pernah dicampak skrip oleh pihak produksi.

siti2 - 1

Siti mendedahkan pernah dibuli sewaktu di awal pembabitannya sebagai pelakon.

"Saya juga pernah disimpan di set penggambaran dari pagi sampai malam. Pihak produksi cakap ada babak lakonan saya tetapi rupanya tiada, jadi mereka simpan saya untuk tidak berbuat apa-apa.

"Dimaki itu perkara biasalah tetapi tidak patut dinormalisasikan. Saya pun tidak mahu bekerja lagi dengan produksi mereka. Itu adalah pertama dan terakhir," katanya kepada mStar.

Siti berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pra-tonton episod akhir drama From Saga With Love 2 yang diadakan di Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Dalam pada itu, Siti tidak menafikan gejala buli ini masih wujud namun dia tidak menyangka terpaksa melaluinya ketika di alam pekerjaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Idham tegur pelakon baharu, jika kena buli mengadu kepada pengarah bukan media

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah mahu buktikan mampu cipta nama tanpa kontroversi, tak sanggup cemar tempat cari rezeki

"Saya rasa gejala buli ini berlaku di semua tempat. Saya pun dah lalui fasa-fasa itu, di sekolah, universiti dan tempat kerja.

"Rasa kelakarlah bila berlaku gejala buli ini di tempat kerja kerana kita menyangkakan suasana bila bekerja semua orang jadi matang kerana buli itu biasanya untuk budak-budak.

"Di awal kemunculan saya menjadi pelakon dulu, saya pernah sahaja dibuli. Tapi saya fahamlah sebagai budak baru, perempuan pula tu. Setakat dimarahi dan diherdik saya okay sahaja," ujarnya.

Sudah bergelar selebriti dan semakin dikenali ramai, Siti mengakui kesilapannya membuat luahan di media sosial bukanlah satu tindakan bijak.

Saya harap perkara ini (buli) ini tidak dinormalisasikan dan ia perlu dihentikan.

SITI KHADIJAH

PELAKON

"Mungkin dulu saya ada juga meluahkan perasaan di media sosial dan saya akui cara itu adalah satu kesilapan.

"Pada saya, jangan kongsikan kesedihan anda kepada umum kerana orang suka tengok kita merana. Bagi saya, kongsikan sahaja kegembiraan anda di media sosial.

"Dulu mungkinlah saya tak sedar ada muat naik luah rasa sedih sehingga menjadi tanda tanya orang, lebih-lebih lagi orang selalu tengok saya gembira sahaja," katanya.

siti1 - 1

Siti menyifatkan gejala buli tidak sepatutnya dinormalisasikan.

Sebelum ini, media melaporkan wujud budaya buli di antara pelakon senior dan junior.

Perkara itu mendapat perhatian pelakon dan pengarah Dr Ahmad Idham yang tampil menasihati pendatang baharu yang didakwa menjadi mangsa buli dalam industri seni.

Kata Idham, mangsa perlu berkongsi kejadian di set penggambaran kepada pengarah dan bukannya melalui media.

Ini kerana pengarah merupakan ketua di lokasi penggambaran dan perlu mengetahui sesuatu kejadian yang berlaku di sebalik tabir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain