PELAKON Hanis Zalikha memaklumkan empat orang bekas perkerjanya yang pernah terlibat isu pecah amanah sebelum ini sudah tiada sebarang kaitan dengan dirinya mahupun syarikat. Hanis atau Hanis Zalikha Zainal Rashid, 34, tampil menjelaskan mengenai perkara itu selepas menerima pertanyaan daripada rakan perniagaan berhubung kontroversi berkenaan. "Kepada syarikat-syarikat yang telah bekerjasama dengan syarikat saya di masa lalu melalui bekas pekerja saya, kenalan-kenalan dalam industri perniagaan yang telah mendengar tentang perkara ini tetapi tidak secara langsung daripada saya atau wakil saya, serta anggota media yang telah menghubungi pengurus saya mengenai hal ini. Hanis merupakan pemilik syarikat perniagaan jenama 'Cakenis'. "Ini adalah kemajuan terkini. Individu-individu tersebut tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan saya mahupun syarikat saya," tulisnya. Hanis berkongsi perkara itu menerusi hantaran Instagram yang turut memaparkan beberapa keratan artikel berkaitan kes berkenaan. Dalam pada itu, Hanis turut berharap majikan lain tidak mengalami nasib yang sama sepertinya, selain menyifatkan pengkhianatan berkenaan merupakan pengalaman pahit buat dirinya. ARTIKEL BERKAITAN: Faham kepayahan besarkan anak-anak, Hanis Zalikha tak ‘judge’ individu tak mahu zuriat ARTIKEL BERKAITAN: Nampak lembut tapi sebenarnya Hanis Zalikha tegas didik anak... Ada cara tersendiri tegur dua cahaya mata "Saya berharap tiada majikan yang terhormat dan tulus terpaksa melalui pengalaman pahit dan pengkhianatan ini. "Percayalah bahawa terdapat cahaya di hujungnya, dan terdapat keadilan di dunia ini dan di sana nanti," luahnya. Pada 16 Oktober lalu, Hanis memuat naik hantaran di Instagram yang memaparkan foto dia bersama suami iaitu Hairul Azreen berada di hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Hanis lega mahkamah perintah pembekuan aset pekerja pecah amanah. Menerusi laporan media, syarikatnya terpaksa menanggung jutaan ringgit disebabkan kejadian pecah amanah itu. Bagaimanapun dia berpuas hati apabila mahkamah mengeluarkan perintah pembekuan aset terhadap bekas pekerja berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!