suria

New Boyz tak pernah bubar, elak kerap bersama bimbang peminat bosan... Tomok ada sebab pilih Siti Nordiana buat konsert

Tomok mahu biasakan diri tanpa New Boyz.

PENYANYI Tomok menegaskan kuputusan mengambil tempoh rehat daripada New Boyz bukan bererti kumpulan tersebut dibubarkan.

Sebaliknya kata Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 40, langkah tersebut dibuat agar peminat tidak berasa bosan melihat kemunculan mereka terlalu kerap.

“Kami tak pernah bubar, cuma ambil rehat seketika. Mungkin dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

1DD2D2D8-0A23-4FE0-B209-FAC3E8EC775D

Hubungan Tomok bersama ahli New Boyz tetap baik.

“Rasanya dah banyak konsert kami buat jadi tak mahu peminat bosan atau terbiasa dengan penampilan kami.

“Biarlah kita tarik sedikit kerinduan peminat. Bila orang dah rindu nanti kami akan muncul semula,” katanya kepada mStar.

Tomok ditemui ketika sidang media konsert Tomok & Siti Nordiana Memori Mungkin Berulang yang berlangsung Kuala Lumpur pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hargai sokongan peminat, Tomok umum konsert istimewa New Boyz sempena ulang tahun ke-25

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Konsert New Boyz ‘sold out’ dalam masa 24 jam, Tomok dedah keluar wang sendiri demi hiburkan peminat

Tomok menjelaskan perkara itu selepas New Boyz mengumumkan konsert mereka di Singapura pada Oktober lalu merupakan kali terakhir mereka muncul bersama sebagai kumpulan dan berita itu mengejutkan peminat.

Tomok juga memberitahu keputusan tersebut dibuat atas persetujuan bersama dan tidak timbul sebarang isu jika dia menyanyikan lagu New Boyz dalam mana-mana persembahan pada masa akan datang.

“Masing-masing ada kerjaya sendiri dan kami setuju untuk ambil tempoh rehat ini.

Kalau saya tak nyanyi lagu New Boyz peminat akan marah.

TOMOK

PENYANYI

“Anggota yang lain juga tiada sebarang masalah untuk saya nyanyikan lagu New Boyz sebab itu adalah permintaan peminat.

“Kalau saya tak nyanyi lagu New Boyz peminat akan marah,” jelasnya.

Sementara itu, bercakap tentang persembahan pada konsert yang akan berlangsung pada 1 Februari akan datang, Tomok memberitahu dia perlu membiasakan diri membuat persembahan tanpa New Boyz.

Konsert tersebut merupakan gabungan dia bersama Siti Nordiana selepas lagu duet mereka mendapat sambutan baik peminat.

3847EA04-237D-4BC1-905A-62BD62A25556

Tomok dan Nana pertama kali berganding bersama untuk konsert.

“Rasanya untuk konsert-konsert begini saya perlulah biasakan diri tanpa New Boyz. Jika bersama mereka aura memang rasa berbeza,” jelasnya.

Konsert tersebut bakal berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur dan merupakan anjuran syarikat milik Tomok sendiri iaitu Popsicle Records.

Tiket dijual dengan harha serendah RM98 dan boleh dibeli secara atas talian di www.ticket2u.com.my.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain