suria

Foto sedang bergari tular, Alif Satar mohon peminat tak terpedaya berita palsu

Alif kecewa lihat foto disunting pihak tidak bertanggungjawab.

PENYANYI dan pelakon Aliff Satar kesal apabila wajah dan namanya disunting pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan penyebaran berita palsu di media sosial.

Alif atau Alif Mohd Satar, 34, berkata, kepakaran penggunaan teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) yang sepatutnya digunakan untuk tujuan baik nampaknya disalah guna pihak tidak bertanggungjawab.

Apa lebih membimbangkan ia bukan sahaja semakin berleluasa tetapi digunakan bagi menyebar fitnah tanpa memikirkan akibat terpaksa ditanggung mangsa.

as1

Keratan berita palsu yang tersebar memaparkan foto Alif.

"Alif perasan sejak kebelakangan ini banyak betul berita palsu termasuklah fasal Alif.

"Zaman sekarang ini AI memang bagus tapi ia juga peluang yang boleh jatuh fitnah atas orang dan memberi impak negatif kepada imej (seseorang).

"Tengok macam ini aku pula yang kena. Pelik betul zaman sekarang," katanya.

Alif berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya petang Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar berhenti bersenam, kaut tahi kerbau atas jalan raya

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar masih sama selepas 18 tahun, masuk fasa cari keseronokan dalam bekerja

Aliff turut memuat naik tangkap layar memaparkan foto dia digari serta diiringi pihak berkuasa berserta tajuk 'Alif Satar didn't know the microphone was on, we say goodbye to him forever' kononnya disiarkan oleh portal The Star.

Justeru, Alif berharap agar orang ramai agar sama-sama melaporkan sekiranya terlihat berita palsu mengenai dirinya.

Dia juga meminta orang ramai tidak mudah terpedaya dengan penyebaran fitnah yang semakin mudah berlaku ketika ini.

alif2 - 1

Alif berharap peminat tidak terpedaya akan berita palsu.

"Jadi korang kalau nampak benda pelik-pelik fasal Alif ke, pasal ahli keluarga korang ke apa... lakukan bahagian anda dan laporkan.

"Jadi doa banyak-banyak kita berada di zaman fitnah, sentiasa berjaga-jaga," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut memaklumkan mereka menyedari penyebaran berita palsu yang melibatkan beberapa selebriti tanah air.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain