FENOMENA francais 'Project' terus menjadi sebutan di bibir peminat drama tempatan bermula daripada Project: Anchor SPM kemudian Project: High Council dan terbaharu Project: Exit lebih hangat diperkatakan selepas pelancaran inisiatif AI bermula 11 November lalu dengan kerjasama pelakonnya iaitu Mierul Aiman dan Shasha Abedul. Tujuan inisiatif ini adalah untuk memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan dengan memupuk keterlibatan positif di media sosial. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada promosi pemasaran untuk siri Astro Originals, Project: Exit yang ditayangkan pada 1 November lalu (Bahagian 1) di mana empat episod boleh di strim secara serentak dan (Bahagian 2) sebanyak dua episod pada 15 November ini yang boleh di strim menerusi Astro GO dan SOOKA. Project: Exit yang diadaptasi daripada kisah benar turut mengetengahkan elemen tentang kesihatan mental, persahabatan dan perjuangan membebaskan diri daripada cengkaman dunia gelap. Mierul Aiman hero drama Project: Exit. Sebagai mengangkat isu semasa dengan lebih serius, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tan Kam Leong mengumumkan inisiatif baharu penggunaan Artificial Intelligence (AI) sebagai tanda sokongan kepada mereka yang memerlukan dengan memupuk keterlibatan positif di media sosial. “Kami sangat teruja untuk memperkenalkan inisiatif baharu ini bagi menyokong Project: Exit yang menggunakan AI dengan cara yang relevan untuk memupuk interaksi sosial yang positif. "Kami percaya kandungan bukan sekadar untuk tontonan, tetapi ia juga boleh memberi kesan yang membangkitkan semangat orang ramai dalam kehidupan. "Dengan menggabungkan kandungan, selebriti dan teknologi, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada penonton di kalangan muda serta menyokong masyarakat secara keseluruhannya,” katanya. ARTIKEL BERKAITAN: “Dengar suara dalam kepala” - Shasha Abedul derita 3 masalah mental, terpaksa jumpa pakar psikologi ARTIKEL BERKAITAN: Tayang badan dalam drama, Mierul Aiman sanggup buka baju kerana tuntutan skrip Malah pelakon Project: Exit, Mierul Aiman dan Shasha Abedul menyokong dan akan beri kerjasama penuh terhadap inisiatif berkenaan. “Kami sangat teruja untuk memperkenalkan inisiatif baharu ini bagi menyokong Project: Exit yang menggunakan AI dengan cara yang relevan untuk memupuk interaksi sosial yang positif. "Kami percaya kandungan bukan sekadar untuk tontonan, tetapi ia juga boleh memberi kesan yang membangkitkan semangat orang ramai dalam kehidupan. "Dengan menggabungkan kandungan, selebriti dan teknologi, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada penonton di kalangan muda serta menyokong masyarakat secara keseluruhannya,” katanya. Shasha Abedul turut memberi sokongan penuh terhadap inisiatif dibuat Astro. Penggunaan AI itu akan menghasilkan dan merakamkan respons daripada para pelakon dan membolehkan mereka berinteraksi dengan pengguna di media sosial. Bahkan ia akan memberi respon terhadap perasaan sedih, kecewa atau cemas dengan kata-kata dorongan positif sebagai sokongan. Sementara itu, menjengah komen-komen netizen di media sosial, rata-rata begitu teruja dengan inisiatif AI yang telah dilancarkan bebarapa hari lalu dan turut mendapat perhatian artis tempatan. Mereka juga berasa kagum dengan jalan penceritaan Project: Exit yang disifatkan sebagai antara drama siri terbaik 2024 terutama lakonan mantap Mierul Aiman. Antara komen pengguna media sosial di laman X tentang Project: Exit. Bahkan jalan penceritaan yang menarik membuatkan netizen tertunggu-tunggu apakah kesudahan drama berkenaan yang sedang ditayangkan. "Siri lokal kita sebenarnya boleh tahan, drama Project: Exit dah macam filem Escape Plan. Hebat produksi di Malaysia boleh hasilkan drama berkonsepkan sebegitu. "Selama ini saya skeptikal pada drama tempatan tapi Project: Exit mengutamakan konsep kesihatan mental yang jarang ditonjolkan. Tak sabar nak tahu pengakhiran cerita ni. "Saya suka siri ini yang berbeza daripada drama tempatan lain. Bukan mudah untuk ketengahkan isu-isu berat terutama tentang kesihatan mental," tulis netizen. Project: Exit mengisahkan empat pelajar cuba keluar daripada pusat tahanan akhlak INSAN. Dalam pada itu, pelakon Shasha Abedul memberitahu dirinya terseksa melakonkan watak Jannah kerana pernah lalui perkara sama. Namun kerana mahu berikan kesedaran kepada penonton tentang pentingnya kesihatan mental, Shasha menguatkan semangat dan berjaya membawa karakter itu sehingga selesai penggambaran. "Masa saya dapat skrip, saya nak baik dah (kesihatan mental), dan bila mula penggambaran saya rasa 38 hari itu saya rasa terseksa sebab kena rasai kembali perkara itu. "Tidak mudah bawa watak Jannah namun saya lakukan untuk sampaikan mesej tentang pentingnya kesihatan mental pada umum," katanya. Farah (kiri) memegang watak ibu kepada Shasha. Project: Exit mengisahkan tentang empat remaja yang merancang untuk melarikan diri daripada sebuah pusat pemulihan dikenali Institusi Akhlak Anson (INSAN). Ia bermula dengan kehidupan seorang remaja perempuan bernama Jannah (Shasha Abedul) yang mengalami masalah kemurungan dan dihantar ke INSAN selepas gagal dalam percubaan bunuh diri. Konflik drama ini bermula apabila Jannah bertemu dengan Hadi (Mierul Aiman) yang menghidap penyakit fibrosis sistik dan berkomplot untuk lari dari pusat berkenaan. Tidak ketinggalan, watak Ucop (Naim Daniel) dan Amy (Kimberly Chuah) juga memainkan peranan penting dan mempunyai motif tersendiri untuk keluar daripada INSAN Bersama. Watak Nabila turut memainkan peranan penting dalam Project: Exit. Di dalam pusat INSAN dikawal ketat, Jannah menemui diari peninggalan arwah bapanya yang menjadi kunci buat keempat-empat mereka melarikan diri. Dengan panduan daripada diari berkenaan, empat sekawan ini menyusun rancangan untuk meloloskan diri daripada genggaman INSAN. Project: Exit membariskan pelakon seperti Shasha Abedul, Mierul Aiman, Naim Daniel, Kimberly Chuah, Nabila Huda dan Farah Ahmad. Apa yang lebih menarik empat pelakon ini juga akan bertemu peminat sempena acara ONE Astro Fan Fest yang akan berlangsung pada 23 November ini di Sunway Pyramid bermula 12 tengahari. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!