PEREKA fesyen terkenal, Datuk Rizalman menyifatkan pelantikan sebagai Profesor Adjung di Fakulti Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) mempunyai makna besar sebagai khalifah di bumi Allah SWT. Rizalman atau Rizalman Ibrahim, 53, segala usaha dan dakwah yang dilakukan itu merupakan satu persiapan diri untuk melalui fasa mendatang. Malah baginya segala ilmu yang diperolehi harus dimanfaatkan untuk kebaikan semua pengikut terutamanya umat Islam lain. Rizalman hargai pelantikan sebagai Profesor Adjung UM. "Dalam masa sama seperti kita sedia maklum salah satu daripada tuntutan agama kita ialah ilmu yang ada harus dikongsi dengan orang lain agar pahala kita akan terus mengalir berpanjangan. "Kerana itu, saya terlalu bersyukur kerana usaha saya selama ini menelaah dan mendalami ilmu-ilmu agama dan dikongsi dengan seluruh masyarakat dipandang secara positif oleh Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya," katanya. Demi menggalas tugas dengan baik, Pengasas Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC) itu juga bersedia untuk berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelajar, tenaga pengajar dan pihak pengurusan. ARTIKEL BERKAITAN: Rizalman Ibrahim sumbang RM500,000 baik pulih Rumah Komuniti Malaysia di Liverpool ARTIKEL BERKAITAN: Pemergian rakan industri seni pada usia muda jentik keinsafan... Rizalman umum bersara - “Saya mahu pergi dalam keadaan bersedia” Katanya, komitmen yang diberikan itu sejajar dengan prinsip yang sentiasa mengajak seluruh masyarakat bahawa setiap manusia tidak pernah terlepas daripada perlu sentiasa menimba ilmu. "Seperti yang saya sering sebut, realitinya, kita semua (manusia) datang dari sebuah ‘universiti’ (dunia) yang sama. Dunia adalah universiti kepada kita. "Manusia adalah pelajar-pelajarnya dan saya bersyukur kerana dipilih sebagai salah seorang tenaga pembimbing. Saya sedar yang dalam diri saya juga masih ada banyak kekurangan. Saya sendiri akan rebut peluang untuk menimba ilmu daripada ekosistem yang akan saya sertai. RIZALMAN IBRAHIM PEREKA FESYEN "Justeru, bersama Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya saya bukan hanya akan berkongsi ilmu yang saya ada, bahkan saya sendiri akan rebut peluang untuk menimba ilmu daripada ekosistem yang akan saya sertai kelak," ujarnya. Sebagai Profesor Adjung, Rizalman akan memikul peranan sebagai penasihat kepada fakulti dan jabatan dalam aktiviti program khususnya yang berkaitan dengan penyelidikan dan perundingan seiring dengan hasrat pusat pengajian itu. Malah dia juga akan berpeluang memberi syarahan kepakaran dan seminar kepada penuntut serta tenaga pengajar di universiti berkenaan. Rizalman mahu sebarkan ilmu kepada pelbagai lapisan. Untuk rekod, ini merupakan lantikan akademik kedua buat Rizalman selepas dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Akademi Kontemporari Islam (ACIS) Universiti Teknologi Mara pada Ogos tahun lalu. Sementara itu, RIC pula menyifatkan pelantikan ini merupakan penghargaan besar daripada universiti perdana negara kepada Rizalman sejajar dengan dedikasi beliau dalam kerja-kerja meningkatkan syiar Islam dan kebajikan. RIC juga optimis dengan amanah baharu yang diberikan kepada Rizalman akan menjadi inspirasi dan motivasi buat beliau untuk terus memainkan peranan dalam membentuk perspektif yang lebih holistik terhadap pengajian Islam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!