TINDAKAN segelintir selebriti lelaki menunjukkan badan cantik di media sosial merupakan salah satu bentuk kejayaan buat mereka selepas berusaha keras mendapatkan tubuh idaman. Dalam hal ini, pelakon Ikmal Amry enggan menghakimi tindakan itu kerana mengetahui bukan mudah untuk mereka mendapatkan bentuk tubuh idaman berkenaan. Pun begitu, Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 30, tidak menafikan tindakan menayangkan aurat kepada umum adalah salah daripada sudut agama. "Saya tidak pernah menghakimi lelaki yang mahu menunjukkan bentuk badan mereka. Itu hak mereka. Saya tahu ia satu perjalanan dan usaha yang tidak mudah. Ikmal mengakui kegigihan sukar untuk mendapatkan bentuk badan yang tegap. "Apa yang saya boleh komen, biasalah budak-budak bila ada 'body'. Bagi saya ia merupakan satu pencapaian untuk seorang lelaki. Nak buat badan ini sebenarnya susah. Perlu ada disiplin, makan kena jaga. "Tapi kalau perkara menunjuk aurat itu tindakan yang tidak betul. Saya tidak menghalalkan apa yang haram," katanya kepada mStar. Ikmal berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pra-tonton dua episod akhir drama From Saga With Love 2 yang diadakan di Kuala Lumpur pada malam Rabu. Dalam pada itu, Ikmal berkata netizen mungkin hanya melihat hasil bentuk badan yang ditunjukkan di media sosial tanpa mengetahui usaha yang dibuat sebelum itu. ARTIKEL BERKAITAN: Ikmal Amry pasang angan-angan menang anugerah, tapi sedar diri perlu baiki lakonan ARTIKEL BERKAITAN: Ikmal Amry reda kena kecam, hanya berkarya dalam filem ‘Pulau’... “Saya tak buat apa-apa salah” Malah, tidak timbul isu kononnya perkongsian mereka itu kerana mahu menunjuk-nunjuk, sebaliknya mungkin hanya ingin menghargai segala kerja keras yang dilakukan. "Saya beri contoh situasi bila anda belajar bersungguh-sungguh, lepas belajar pasti anda akan kongsikan kenangan atau kejayaan dengan orang ramai. "Sama juga dengan buat badan. Ia mengambil masa dalam dua hingga tiga tahun. Sebelum badan jadi cantik mereka ada tunjuk tak? Tidak. Bagi saya ia merupakan satu pencapaian untuk seorang lelaki. Nak buat badan ini sebenarnya susah. IKMAL AMRY PELAKON "Orang tak tahu pun kerja keras mereka untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik. Apa yang netizen nampak hanya perkongsian gambar yang dikatakan mahu menunjuk-nunjuk. Walhal mereka tidak tahu kerja keras yang terpaksa dilakukan," ujarnya. Sementara itu, Ikmal turut mengakui dia juga pernah menayang badan di media sosial sehingga menerima kecaman ramai, namun enggan ambil pusing kritikan itu. "Apabila seorang lelaki itu berjaya mendapatkan bentuk badan yang cantik, mereka akan rasa bersemangat untuk berkongsi. Saya masa umur 23, 24 tahun pun hari-hari tunjuk badan di Instagram sampai kena kecam dengan netizen. "Tapi saya tidak kisah apa orang nak cakap kerana menganggap ia (bentuk badan cantik) adalah satu pencapaian yang membanggakan. Ikmal tidak mahu menghakimi tindakan mana-mana lelaki yang menayang badan di media sosial. "Jadi bagi saya tidak salah sekiranya bila mereka berjaya buat badan, mereka mahu berkongsi untuk menghargai segala usaha yang dibuat," katanya. Sebelum ini, tular di media sosial apabila segelintir netizen meluahkan rasa kurang senang melihat sekumpulan anak muda dikenali sebagai pasukan Challo berlari dalam keadaan tidak memakai baju. Challo ditubuhkan sebagai satu kelab bola sepak yang mampu menarik minat ramai anak muda untuk menyertai pasukan itu. Selain Ikmal, Challo turut dianggotai oleh barisan pelakon termasuk Aedy Ashraf, Amir Ahnaf, Meerqeen, Ben Ali, Syafiq Kyle dan ramai lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!