suria

Watie tunai puasa sunat, mohon Allah mudahkan urusan Shuib di mahkamah

Watie (kanan) sentiasa memberikan sokongan terhadap Shuib.

PELAWAK dan usahawan Shuib memberitahu isterinya iaitu Watie Hanifiah menunaikan puasa sunat dengan niat memohon agar urusannya dipermudahkan.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, berkata, pada awalnya dia menyangka Watie berpuasa hanya kerana berdiet namun terharu apabila mengetahui niat sebenarnya isterinya itu.

"Hari ini (Khamis), mummy (panggilan Watie) puasa sunat katanya, bila ditanya eh kenapa puasa sunat? Diet ke?

Shuib mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan yang dibuat.

Shuib mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan yang dibuat.

"Mummy jawab, taklah puasa sunat nak minta dekat Allah semoga dipermudahkan urusan suami saya hari ini.

"Terima kasih selalu ada dengan daddy (panggilan Shuib)," katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Khamis.

Bersama kapsyen tersebut, Shuib turut berkongsi foto bersama Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah di perkarangan mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal bayar cukai perkhidmatan dan penalti RM1.6 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh seleweng wang syarikat, isteri dedah Shuib guna simpanan sendiri bayar gaji pekerja

Sementara itu, Shuib turut bersyukur kerana ditemani isteri dan menganggap segala yang berlaku adalah sebagai pengajaran hidupnya.

"Alhamdulillah ada peneman (isteri) hari ini. Semoga Allah permudahkan urusan tapi pastinya ia satu pelajaran dan juga ujian dalam kehidupan," ujarnya.

Sebelum ini, Shuib dan pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd iaitu Kho Choon Guan berdepan enam pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta pada tahun lalu.

Shuib bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan berasingan dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali di Mahkamah Sesyen, Shah Alam, Selangor pada Khamis.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa gagal membayar cukai perkhidmatan dengan jumlah keseluruhan RM1,191,153.78 dan penalti RM454,000 bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Cawangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, Selangor.

Shuib berdepan enam pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan.

Shuib berdepan enam pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan.

Pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 26(8) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dibaca bersama Seksyen 78 akta sama dan boleh dihukum bawah seksyen dan akta sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga tiga tahun atau denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Malah di bawah seksyen 26(10) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 serta Seksyen 69(1) akta sama, mereka turut dikehendaki membayar penalti berjumlah RM453,969.42 kepada Ketua Pengarah Kastam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain