SELEPAS teruk dikecam kerana nyanyian sumbang dalam sebuah program televisyen di Indonesia, penyanyi Fazura kembali bangkit membuktikan kemampuan dirinya. Terbaharu, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkongsi video dia bergandingan bersama Kalya Islamadin menyanyikan sebuah lagu dalam rancangan After Office Jamming. Menurut Fazura, lagu Make You Feel My Love yang dipopularkan oleh Adele itu sangat bermakna buat dirinya memandangkan ia sering didengkan kepada anaknya iaitu Fatima Aisya. Fazura dilihat menghayati nyanyiannya. "Persembahan ini adalah persona murni yang disampaikan oleh Fazura dan Kalya yang mencurahkan isi hati ke dalam lagu Make You Feel My Love nyanyian Adele. "Apa yang membuatkan ia lebih istimewa apabila lagu ini mempunyai makna yang mendalam bagi Fazura kerana sering menyanyikan sebagai lagu pengantara tidur kepada anaknya," kongsinya. Namun apa yang menarik perhatian ramai apabila Fazura berjaya mendendangkan lagu itu dengan baik. ARTIKEL BERKAITAN: Fazura buat kemunculan pertama sejak ‘7 Oktober’ di Indonesia, kongsi perasaan selepas bercerai - “Tiada penyesalan” ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Studio tegaskan pelancaran ‘Bertahan Demi Cinta’ sudah dirancang awal, penafian Iman Tang pendapat peribadi Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui aluanan suara Fazura sedap didengari dan menenangkan. "Awak ada accent yang hebat! Jatuh cinta bila dengar awak menyanyi lagu English. "Kak Faz (penggilan Fazura) memang ada bakat terpendam! Peminat mula akui bakat yang dimiliki Fazura. "Menenangkan sangat suara Faz! Terutama menyanyi dengan nada rendah," antara komen netizen. Pada 5 November lalu, nyanyian Fazura teruk dikritik netizen ketika mempromosikan single Bertahan Demi Cinta. Bertahan Demi Cinta merupakan single yang menjadi kontroversi kerana dilancarkan dua hari selepas Fazura dan Fattah sah bercerai. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!