PELAKON Elfira Loy berang apabila mengetahui ada personal shopper atau pembeli peribadi menggunakan foto dirinya bagi tujuan promosi tanpa kebenaran. Kata Elfira atau Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 30, tindakan individu berkenaan boleh menimbulkan kekeliruan dan dibimbangi mengundang perbuatan jenayah. "Maaf ya saya tidak suka personal shopper menggunakan gambar saya untuk menjual beg tangan. Elfira berkongsi kenyataan itu menerusi InstaStory miliknya. "Nanti orang yang ditipu akan cari saya dulu sebab dia terpedaya dengan gambar saya," katanya menerusi satu hantaran di Instastory pada Khamis. Dalam pada itu, Elfira berkata dia terpaksa tampil menjelaskan mengenai perkara ini selepas menerima banyak aduan daripada orang ramai. Malah, Elfira mengakui dirinya sendiri tidak pernah membeli sebarang produk menggunakan khidmat personal shopper. ARTIKEL BERKAITAN: Elfira Loy selalu kongsi perkara baik di media sosial buatkan Sweet Qismina terbuka hati ikut kelas agama ARTIKEL BERKAITAN: Elfira Loy tak berkira dengan keluarga, percaya rezeki yang ada untuk dikongsi bersama - “Kalau ada RM100, El bagi semua kepada mereka” "Walaupun bukan salah saya, tetapi saya malas nak sakit kepala apabila orang mengadu kepada saya. "Saya tidak pernah membeli apa-apa daripada personal shopper. "Jadi, tolong jangan menggunakan gambar saya lagi" katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!