suria

Kurang menyerlah walau bergelar Hero Remaja, Alif Muhaimin tak cemburu rakan seangkatan lebih berjaya

DIGELAR sebagai Juara Hero Remaja paling sendu tidak pernah membuatkan pelakon Alif Muhaimin terasa hati dengan perkara tersebut.

Sebaliknya kata Alif atau Alif Muhaimin Abdul Rahman, 30, tetap bersyukur kerana rezekinya dalam bidang seni tidak pernah putus walaupun tidak sehebat rakan seangkatannya yang lain.

Bagi Alif apa lebih penting dia dapat menampung keluarga dan populariti atau kekayaan tiada dalam kamu hidupnya.

“Saya tak pernah hiraukan apa orang kata sebab tawaran berlakon ini sebenarnya ada naik turun. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada.

“Kalau tiada projek lakonan, saya dapat tawaran buat reviu. Alhamdulillah sejak saya masuk industri, duit itu sentiasa ada untuk tampung keluarga, belanja kawan makan dan menampung kehidupan.

"Saya memang tak pernah fikir nak ‘famous’ atau nak kaya,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Alif juga tidak pernah berasa cemburu terhadap peserta Hero Remaja lain yang mempunyai lebih banyak tawaran berlakon berbandingnya.

“Saya tidak pernah rasa cemburu melainkan kalau orang tersebut lebih-lebih maki atau hina saya. Walaupun watak saya biasa, saya akan tetap bagi yang terbaik,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi