suria

Niat undur diri diganti rezeki mencurah-curah, Abon siap dapat jadi duta umrah dan haji

API kemarahan pelakon dan pelawak Abon yang sebelum ini lantang bersuara mengenai nasib artis veteran tidak terbela akhirnya 'padam'.

Abon atau Shahrizan Ahmad, 64, merassakan kemarahan itu tiada kesudahan apatah lagi tidak melihat sebarang perubahan yang berlaku walaupun lantang bersuara.

Pelawak itu juga enggan kemarahannya itu mengundang perasaan kurang senang netizen sehingga dia pula menjadi bahan kecaman mereka di media sosial.

"Rasanya tidak ada kesudahan kalau masih marah dan mereka ini (netizen) bukan faham pun. Jadi biarlah saya dalam keadaan begini.

"Dah 'habis' marah pun sebenarnya sebab tidak ada kesudahan pun. Nanti netizen kata saya kuat mengadu atau tidak reda dengan rezeki Allah. Saya tak mahu undang kemarahan kecaman netizen.

"Sebenarnya saya bersuara sebelum ini bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi sahabat lain yang kurang bernasib baik. Itu sebab saya tertekan sebelum ini," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Abon bersyukur rezekinya dalam bidang seni semakin mencurah-curah ketika dia mahu meninggalkan dunia seni buat selama-lamanya.

Tidak hanya tawaran berlakon drama dan filem, Abon memberitahu dia juga dilantik menjadi duta sebuah agensi umrah dan haji di Johor.

"Niat nak cuci tangan, keluar dari industri... Tapi makin ditolak, makin banyak pula rezeki yang datang, Alhamdulillah.

"Alhamdulillah saya juga dilantik sebagai duta bagi sebuah agensi umrah dan haji," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi