suria

Tak boleh kawal gemuruh, Tajul takut nak menyanyi ‘live’ sampai hilang keyakinan

PENYANYI Tajul mendedahkan buat masa ini dia belum ada keberanian untuk menerima mana-mana tawaran televisyen yang memerlukan dia menyanyi secara langsung kerana kerana perasaan gemuruh.

Berkongsi perkara itu, Tajul atau Tajul Ariff Noor Md. Shari, 26, berkata dia hilang keyakinan dan fokus apabila berada di depan kamera.

“Tawaran untuk nyanyi di televisyen memang tak banyak, selalu banyak di acara luar saja dan kalau untuk televisyen memang sikit untuk tahun ni.

“Untuk program nyanyian televisyen saya memang tak ada keyakinan sebab fikiran saya akan tak menentu dan akan jadi tak fokus.

“Sebenarnya daripada dulu memang tak boleh sebenarnya, perasaan gemuruh tu memang kuat dan kadang-kadang tak boleh kawal,” kata Tajul kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi