suria

Alif Hadi belum sedia untuk bercinta lagi, jujur mengaku tiada wanita lain mampu ganti Yasmin Hani

PELAKON Alif Hadi tampil menjawab dakwaan segelintir netizen yang menganggap pengumumannya berkenaan putus cinta bersama Yasmin Hani hanyalah sebagai satu gimik.

Menurut Alif, 36, dia tidak pernah terfikir membuat gimik sedemikian apatah lagi berkongsi cerita peribadi semata-mata untuk menaikkan kembali namanya dalam industri.

“Kalau nak gimik, saya rasa daripada dulu lagi saya tidak pernah fikir untuk buat gimik ataupun suka bercerita (kisah peribadi) dekat orang lain.

“Ada yang kata itu untuk saya menang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Tidak, kalau itu tujuannya, saya patut buat awal lagi. Ini bukan gimik,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Alif mengakui yang dia mempunyai rakan wanita lain namun masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta.

“Saya ada rakan (wanita) lain, tetapi tidak fikir untuk mempunyai hubungan secepat mungkin sebab sekarang ini masih ada rasa takut-takut. Saya sekarang lebih berhati-hati. Lagipun, tiada siapa boleh ganti Yasmin Hani,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Alif merupakan salah seorang pelakon dalam filem seram Jangan Pandang Belakang 2... Aku Tahu Asal Usulmu yang bakal mula ditayangkan pada Khamis ini.

Selain Alif, pelakon yang turut membintangi filem arahan Pierre Andre itu adalah Emma Maembong, Mawar Rashid, Khatijah Tan dan Iedil Dzuhrie Alaudin.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi