suria

[V] Rujuk Farid Kamil dan Diana Danielle sah, kes cerai disebut semula 2 Disember

MAHKAMAH Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan rujuk yang dibuat pelakon Farid Kamil terhadap isterinya iaitu Diana Danielle pada 31 Ogos tahun lalu.

Peguam yang mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin mengesahkan perkara tersebut selepas menerima permohonan rujuk dibuat aktres berkenaan.

"Mahkamah telah mendengar permohonan rujuk dan mengeluarkan perintah kedua-dua mereka telah kembali sebagai suami isteri daripada tarikh rujuk tersebut," katanya kepada mStar.

Copy of Untitled (19)

Akberdin memaklumkan perkara tersebut ketika ditemui pada Rabu.

Akberdin berkongsi perkara itu ketika ditemui di prosiding pengesahan rujuk yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.

Dalam pada itu, Akberdin memberitahu mahkamah turut mengarahkan Farid dan Diana mendapatkan sijil perakuan rujuk di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Selepas sijil berkenaan diperoleh, baharulah pasangan tersebut boleh meneruskan kes cerai mereka yang ditetapkan pada 2 Disember ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle mahu cari nasi lemak, Farid Kamil hadir pakai songkok dengan lilitan putih ke mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Diana Danielle dan Farid Kamil belum daftar rujuk, perbalahan berpanjangan punca mahu cerai

"Jadi mahkamah arahkan untuk dapatkan perakuan rujuk (sijil) dan bawa ke mahkamah untuk permohonan kedua iaitu permohonan cerai.

"Permohonan pertama (rujuk) sudah selesai, jadi kami akan datang semula ke mahkamah pada 2 Disember untuk permohonan kedua iaitu cerai," ujarnya.

Sementara itu, Diana hanya tersenyum manis apabila keluar daripada bilik perbicaraan tanpa mengulas lanjut berhubung isu rumah tangganya.

Mahkamah arahkan untuk dapatkan perakuan rujuk (sijil) dan bawa ke mahkamah untuk permohonan cerai.

DATUK AKBERDIN ABDUL KADER

PEGUAM MEWAKILI DIANA DANIELLE

Kata Diana, dia hanya memberikan senyuman kepada rakan media dan bukanlah gembira dengan perkara yang menimpa mereka.

“Bukan gembira tetapi disebabkan saya kenal rakan-rakan media, semua seperti kawan-kawan. Jadi saya senyumlah.

“Ini bukan momen yang gembira untuk sesiapa pun, tolong jangan salah faham,” katanya.

Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai pihak apabila memberitahu akan memfailkan cerai terhadap Farid selepas setahun kembali rujuk.

Copy of Untitled (12)

Diana memfailkan cerai terhadap Farid selepas setahun kembali rujuk.

Bagaimanapun, Farid menjelaskan rumah tangga mereka dalam keadaan baik dan hanya berlaku salah faham kecil dan mereka masih berhubung seperti biasa.

Diana bagaimanapun menafikan perkara itu malah menegaskan sudah menghantar notis pindah rumah kepada Farid menerusi WhatsApp.

Untuk rekod, Farid dan Diana bercerai talak satu pada 10 Ogos tahun lalu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain