suria

[V] Orang ketiga bukan punca cerai, Emma Maembong anggap sudah tiada jodoh dengan bekas suami

PELAKON Emma Maembong akhirnya tampil membuka mulut mengenai perihal rumah tangganya dengan bekas suami iaitu Shazli Azhar selepas mengumumkan penceraian mereka pada 7 Oktober lalu.

Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 32, menjelaskan punca keretakan perkahwinan mereka bukan disebabkan kehadiran orang ketiga sebaliknya keputusan bercerai dibuat secara bersama.

“Kalau fasal peribadi memang saya tak akan cerita apa-apa. Saya tidak akan kongsi.

WhatsApp Image 2024-11-20 at 7.52.32 AM-2

Emma ketika ditemui media pada Isnin.

“Tiada (orang ketiga), semuanya tiada. Kami berpisah cara baik, kami tidak bergaduh dan kedua-duanya faham.

“Kita cuba perbaiki hubungan tapi bila sudah sampai situ jodohnya, sampai situ sajalah. Kita reda dan percaya jodoh di tangan Allah, kita tak payah risau. Kita hanya berdoa saja,” katanya kepada mStar.

Emma berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan filem seram pertamanya, Jangan Pandang Belakang 2 di The Starling, pada malam Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong dedah sudah bercerai, selesai jalani tempoh idah

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong dan bekas suami tak bermusuh, bercerai bukan penamat segalanya

Tambah Emma, dia juga tidak mengambil peduli terhadap pelbagai komen negatif dilontarkan kepadanya di media sosial termasuk kononnya sudah menemui pengganti.

Kata aktres itu, dia hanya mahu memberikan fokus membesarkan dua anak lelakinya selain kerjayanya sebagai pelakon.

“Kehidupan saya sekarang ini saya hanya fokus pada anak-anak dan kerja, tiada masa nak fikir fasal benda lain.

Kita reda dan percaya jodoh di tangan Allah.

EMMA MAEMBONG

PELAKON

“Saya pun tiada masa nak tengok TikTok dan sebagainya. Kalau saya ‘scroll’ pun saya nampak berkaitan dengan saya, saya ‘skip’ demi kebaikan kesihatan mental saya.

“Saya taknak baca komen negatif, sebab dalam dunia ini tak semua orang suka kita. Saya rasa pun tiada guna saya nak cakap lebih,” ujarnya.

Mengulas mengenai pujian netizen dia tidak memburuk-burukkan bekas suami, Emma menjelaskan dia tidak mahu timbul sebarang perbalahan selain penyesalan di kemudian hari.

“Perceraian bukanlah penamat, sebab ada orang kata nampak baik saja keluar bersama, benda itu saya tak perlu nak jelaskan.

WhatsApp Image 2024-11-20 at 8.01.02 AM

Emma dan Shazli masih menjaga hubungan baik.

“Tak semestinya kalau kita bercerai, kita kena benci, ‘block’, dan paling saya tak suka menyeksa anak-anak.

“Bagi saya ia tak baik, sebab ayah adalah hero mereka dan mama adalah ‘superwoman’ mereka, jadi tak perlu bergaduh dan berebut anak sebab taknak anak-anak jadi mangsa,” katanya.

Selain menjaga hubungan baik, Emma berkata dia dan Shazli juga tidak menuntut hak penjagaan anak dan memilih untuk menjaga mereka bersama-sama.

WhatsApp Image 2024-11-20 at 7.52.32 AM

Emma mahu anak-anak mendapat kasih sayang ibu dan ayah secukupnya.

“Alhamdulillah sama saja, tiada perbezaan pun. Macam tadi sebelum saya datang ke sini, bekas suami saya ada datang makan aiskrim bersama anak-anak.

“Jadi anak-anak tiada masalah dan saya dengan bekas suami pun tiada masalah. Semuanya okay,” ujarnya.

Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Shazli pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 4, dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia setahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain