ENGGAN terus membiarkan netizen berteka-teki, seorang wanita dikenali sebagai Ziela Rashid tampil mendedahkan pelakon wanita yang sebelum ini didakwa tidak mahu membayar hutangnya sebanyak RM208,000 adalah Aida Aris. Ziela berkata, dia berharap agar pendedahan yang dibuat itu dapat memberi pencerahan kepada masyarakat yang masih berteka-teki siapakah pelakon yang dimaksudkannya menerusi temu bual program hiburan Melodi beberapa minggu lalu. "Hi semua, saya dengan ini ingin menyatakan pelakon yang saya maksudkan sewaktu temu bual bersama Melodi baru-baru ini adalah Aida Aris. Aida belum memberi sebarang kenyataan lanjut berkenaan isu tular ini. "Semoga dengan penerangan ini tiada lagi teka-teki siapakan pelakon yang saya maksudkan itu," katanya. Ziela berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya. Dalam pada itu, Ziela turut menggesa Aida atau Siti Rohaida Mat Aris, 52, untuk segera melangsaikan hutang yang sudah empat tahun tidak dilunaskan. ARTIKEL BERKAITAN: “Artis Hollywood tengok pelakon Malaysia tabik spring”... Aida Aris tak sanggup tonton video Fasha Sandha cedera ARTIKEL BERKAITAN: Aida Aris Naik Basikal Jual Kuih "Untuk Aida, sila bayar hutang kami secepat mungkin kerana sudah terlalu lama, empat tahun. "Tolong berurusan dengan pihak insolvensi. Itu sahaja penerangan daripada saya bagi mereka yang masih tertanya-tanya berkenaan video viral temu bual bersama Melodi. Terima kasih," ujarnya. Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Aida tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dibuat tidak dibalas. @surihatimrpilotruiz Teka teki mengenai siapakah pelakon yang berhutang dengan saya dan suami.. #panas #hutang #aidaaris #meloditv3 #pelakonberhutang #muflis #fypシ゚ a#fyppppppppppppppppppppppp #storypanas #viral #insolvency #arahanmahkamah #meloditv3 #sensasi #isuhangat ♬ original sound - Ziela Rashid Ruiz Palacin Sebelum ini, Ziela membuat pendedahan dalam program hiburan Melodi mengenai bekas kakak iparnya yang juga merupakan seorang pelakon enggan membayar hutang. Kata Ziela, dia tidak menyangka pelakon berkenaan yang sudah diisytiharkan muflis itu sanggup melarikan diri dan tidak membayar hutang dia dan suami sebanyak RM208,745.59. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!