suria

Diana Danielle mahu cari nasi lemak, Farid Kamil hadir pakai songkok dengan lilitan putih ke mahkamah

Farid hanya mampu mengharapkan yang terbaik untuk segala urusan mereka.

PELAKON Diana Danielle tenang ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Rabu bagi sebutan kes rujuk dan cerai yang difailkan terhadap suaminya iaitu Farid Kamil.

Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 33, yang hadir menggayakan busana hitam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai prosiding berkenaan.

Sebaliknya pelakon itu secara berseloroh memberitahu ingin menikmati nasi lemak apabila ditanya tentang harapannya berhubung kes di mahkamah.

“Harapan? Saya mahu cari nasi lemak," ujarnya ringkas.

Copy of Untitled (12)

Farid dan Diana ditemui ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sementara itu, Farid yang hadir mengenakan baju kurta lengkap bersongkok bersama lilitan putih terus mengunci mulut dan hanya tersenyum kepada pihak media.

Kata pelakon filem Bisikan Dosa ini dia hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk segala urusan mereka hari ini.

"Semoga yang baik-baik sahaja hari ini, Insya-Allah," ujarnya.

Dalam pada itu, peguam mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, prosiding akan dimulakan dengan pengesahan rujuk dan kemudian diikuti dengan perbicaraan pertama bagi kes perceraian.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaitkan isu cerai dengan ADHD, Diana Danielle anggap itu hanya serangan peribadi

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle fail cerai pagi ini, harap kes rumah tangga dengan Farid Kamil segera selesai

“Hari ini ada dua permohonan iaitu rujuk dan cerai. Akan teruskan dengan rujuk dulu dan kemudian diikuti dengan cerai.

“Kedua-dua belah pihak perlu hadir ke mahkamah pada hari ini (Rabu)," katanya.

Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai pihak apabila memberitahu akan memfailkan cerai terhadap Farid selepas setahun kembali rujuk.

Bagaimanapun, Farid menjelaskan rumah tangga mereka dalam keadaan baik dan hanya berlaku salah faham kecil dan mereka masih berhubung seperti biasa.

3019092

Pasangan itu bercerai talak satu pada 10 Ogos tahun lalu namun memilih untuk rujuk kembali.

Diana bagaimanapun menafikan perkara itu malah menegaskan sudah menghantar notis pindah rumah kepada Farid menerusi WhatsApp.

Untuk rekod, Farid dan Diana bercerai talak satu pada 10 Ogos tahun lalu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain