PADAH tidak selesaikan hutang, akhirnya aset milik usahawan dan selebriti popular Datuk Seri Vida di Persiaran Bukit Meru, Ipoh Perak terpaksa disita. Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Vida atau Hasmiza Othman, 53, tidak membayar hutang berjumlah RM1,060,285 daripada kontraktor yang dilantik iaitu Ah Design Communication bagi pengubahsuaian sebuah kilang di Shah Alam, Selangor menjadi studio pada tahun 2018. Mahkamah mengeluarkan penghakiman pada 29 Oktober tahun lalu yang memerintahkan Vida menyelesaikan hutang itu dan jika gagal berbuat demikian writ rampasan dan penjualan kemudiannya akan dikeluarkan. Peguam Samir Zainal ketika ditemui di kediaman Vida. Turut hadir di kediaman usahawan tersebut adalah peguam plaintif Samir Zainal, Bailif Mahkamah Tinggi Ipoh dan wakil subkontraktor iaitu Mohammad Taufik bagi melaksanakan proses penyitaan barangan di banglo itu. ARTIKEL BERKAITAN: Cik B puji Vida ibu hebat, usaha penuhi permintaan anak-anak ARTIKEL BERKAITAN: Vida hantar Cik B sambung belajar di Sepanyol, kos sebulan setengah juta... Anak tak bosan pergi London balik hari pun boleh Barang-barang yang disita merupakan keseluruhan barangan milik Vida beserta empat buah kereta iaitu dua buah Toyota Vellfire, satu Toyota Grand Hiace dan BMW X7. Menurut Samir, sekiranya Vida dapat membayar ganti rugi dalam jumlah yang dinyatakan dalam tempoh dua minggu, proses lelongan barangan yang disita itu akan dihentikan. "Tarikh lelongan sudah ditetapkan iaitu pada 9 Disember depan dan barangan yang disita merupakan keseluruhan barangan di rumahnya berserta empat buah kereta iaitu dua buah Toyota Vellfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7. Kami terpaksa sita sebab kami sudah beberapa kali cuba berbincang. MOHAMMAD TAUFIK WAKIL SYARIKAT AH DESIGN "Dalam tempoh dua minggu sebarang barangan serta kereta tidak dibenarkan dibawa keluar daripada rumahnya," kata Samir kepada mStar ketika ditemui di lokasi kejadian. Tindakan sita itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Vida gagal memberikan sebarang respons untuk membayar kembali ganti rugi pada tahun 2023. Barangan yang bakal dilelong itu bagi menebus pampasan yang perlu dibayar kepada pihak plaintif iaitu syarikat kontraktor berkenaan. Mohammad Taufik Kamarul sebagai wakil syarikat juga turut serta. Sementara itu, Vida tidak berada di kediamannya dan dipercayai berada di China sewaktu pihak berkenaan hadir untuk menyita barangan dalam banglonya. Dalam pada itu, Mohammad Taufik memberitahu, dia terpaksa mengambil tindakan bagi menuntut semula bayaran dengan cara menyita barangan rumah Vida apabila wanita itu tidak memberi kerjasama selepas tuntutan dibuat sejak tahun 2018. "Kami terpaksa sita sebab kami sudah beberapa kali cuba berbincang dan pernah berurusan dengan peguam untuk penyelesaian tapi tiada maklum balas, hanya senyap. Perbincangan demi perbincangan tapi gagal," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube