PELAKON Datuk Jalaluddin Hassan memberitahu semasa zaman kanak-kanak bercita-cita untuk menjadi seorang pelawak.
Menurut Jalaluddin, 70, dia juga pernah digelar sebagai Wahid Satay dan Mat Sentul gara-gara suka meniru aksi lucu dua bintang lagenda itu.
“Sebenarnya waktu kecil dulu saya nak jadi seorang pelawak, masa kecil ramai gelar saya Wahid Satay atau Mat Sentul sebab suka meniru aksi mereka ketika dulu.
“Saya memang suka lawak tapi bila meningkat usia ni tiba-tiba saya jadi pelakon sedangkan pada mulanya nak jadi seorang penyanyi semuanya secara kebetulan.
“Datuk Afdlin Shauki tegur saya dia cakap ke mana saya pergi selama ni maksudnya dia (Afdlin) terkejut bila lihat watak kelakar saya,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!