suria

‘Jangan Pandang Belakang 2’ betul-betul seram... Pelakon dan pengarah cerita kejadian misteri di lokasi penggambaran

SELEPAS filem Jangan Pandang Belakang mencipta fenomena pada tahun 2007, syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) bakal mengeluarkan sekuel filem seram berkenaan.

Filem Jangan Pandang Belakang 2.. Aku Tahu Asal Usulmu yang diarahkan oleh Pierre Andre itu bakal menemui penonton pada 21 November ini.

Menurut Pierre, meskipun sudah lebih 10 tahun tidak menjadi pengarah, dia cuba untuk memberikan yang terbaik supaya karya tersebut berjaya dan sekali lagi mencipta fenomena.

Malah Pierre juga memberi jaminan bahawa filem ini lebih seram berbanding sebelumnya.

“Kita tahu Jangan Pandang Belakang 1 sedah 17 tahun. Apa yang saya janjikan adalah ini merupakan filem paling seram yang saya hasilkan. Ia juga berbeza dengan yang pertama,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi