suria

Jamal Abdillah rasa diri belum cukup layak terima Anugerah Biduan Negara... “Mungkin setahun dua lagi ke”

PENYANYI Datuk Jamal Abdillah berpendapat dirinya masih belum layak untuk menerima Anugerah Biduan Negara.

Jamal atau Jamal Ubaidillah Haji Mohd Ali, 65, berkata penghargaan itu terlalu besar buat dirinya dan enggan mengharapkan penghargaan berkenaan.

“Belum lagi rasanya, mungkin setahun dua lagi, lihat apa penglibatan kita dalam industri ini.

“Saya bersyukur kalau ada tapi saya tak mengharapkan sangat kerana penghormatan sebegitu diberikan kepada saya, ianya sangat tinggi,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Jamal juga mengulas mengenai anaknya iaitu Zaki Yamani yang menyertai uji bakat program realiti One In A Million.

“Saya rasa itu adalah satu pembelajaran bagi dia, dia perlu menjalani dan melalui semua itu untuk menjadi seorang artis yang mempunyai pengalaman,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi