suria

Adam Lee dah rasa kena hempuk di lokasi penggambaran tapi hati tetap kental, nasihat pelakon baharu betulkan niat

PELAKON Adam Lee meminta pelakon baharu untuk kekal merendah diri dan tidak mendabik dada dengan populariti yang diraih.

Mengambil contoh dirinya, Adam atau Muhamad Arif Adam Mohamed Fadlee, 30, memberitahu ketika di awal pembabitannya dahulu bukan mudah untuk dia mencipta nama berbanding generasi baharu yang diangkat menerusi sosial media.

“Mereka (pelakon baru) tak merasa apa yang kami rasa macam dulu, zaman saya dulu jurukamera dan pengarah semua garang berbanding sekarang ni, pernah kena hempuk dengan pengarah dan kena jerit masa awal-awal dulu.

“Zaman dulu lain dan sekarang semuanya sikit-sikit gunakan sosial media untuk luah satu benda ya memang banyak beza.

“Fikir balik niat nak jadi pelakon tu apa, pilih jalan yang okay dan jumpa orang yang betul malah rakan sekeliling pun kena pilih yang betul juga,” kata Adam kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi