suria

Seronok cakap loghat Kelantan dalam ‘Kahar: Kapla High Council’, Amir Ahnaf sebak dapat banggakan ibu ayah

TIDAK mahu dirinya terkesan akibat perbuatan buli siber netizen, pelakon Amir Ahnaf berkongsikan tips dilakukan supaya perkara tersebut tidak menjejaskan dirinya.

Kata Amir atau Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 24, dia sentiasa mengawal emosi daripada memberikan sebarang respons terhadap buli siber kerana tidak mahu perkara itu menjadi lebih teruk.

Malah Amir juga menyeru orang ramai supaya menghentikan gejala tersebut kerana ia akan menyebabkan kesihatan mental mangsa terjejas.

“Saya rasa generasi muda sekarang ini kesihatan mental mereka lebih teruk kerana buli siber yang terlalu berleluasa. Tolonglah hentikan buli ini sebab ia sangat tidak matang. Ada banyak lagi benda boleh buat selain buli siber.

“Cara saya elak buli siber adalah, saya ada belajar sesuatu iaitu kalau kita tidak boleh kawal emosi, kamu akan ‘mess up’ (lebih teruk). Kena kawal emosi sebab kalau tak, kita akan jadi hamba kepada emosi,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Amir meluahkan dia pertama kali berasa bangga dengan dirinya selepas menyaksikan filem lakonannya sendiri iaitu Kahar: Kapla High Council.

Bukan sahaja dirinya, malah Amir turut berkongsi ibu bapanya turut berbangga dengan lakonan yang disampaikannya itu.

“Mama cakap tahniah dan dia menangis. Saya pula kata ini merupakan nashkah yang terbaik saya pernah buat.

“Saya sangat bangga dengan diri saya sebab seumur hidup, saya tidak pernah bangga dengan diri sendiri.

“Yang seronoknya saya dapat bertutur dalam dialek Kelantan,” ujarnya.

Untuk info, filem Kahar: Kapla High Council yang dibintangi oleh Amir, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh itu bakal ditayangkan di pawagan bermula Khamis ini.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi