suria

Tujuh tahun tiada job, Norish Karman akhirnya dapat tawaran berlakon teater

TUJUH tahun menanti tawaran, pelakon Norish Karman bersyukur apabila dia bakal membintangi teater Sulalat ‘Us Salatin Kemaharajaan Maritim yang akan dipentaskan Disember ini.

Norish atau Nor'Ashikin Karman, 50, berkata, dia tidak menyangka ketika 2024 hampir melabuhkan tirai ada pihak memberikan tawaran kepadanya.

Justeru itu besar harapannya agar tawaran tersebut menjadi 'pecah ruyung' buatnya untuk kembali aktif dalam bidang seni.

"Teater berjudul Sulalat ‘Us Salatin Kemaharajaan Maritim berdasarkan sejarah Melaka dan ia satu cabaran besar untuk berlakon kerana bukan 'zaman' saya.

"Lama saya tak berlakon teater dan sudah tentu saya rindu sebab saya mula berlakon teater pada usia 12 tahun.

"Alhamdulillah selepas saya kenyataan (tiada tawaran) tak sangka dapat pula berlakon teater. Mungkin ini rezeki sebab lama tunggu dan sekarang Allah bagi yang terbaik," katanya kepada mStar.

Teater yang turut menampilkan aktor Adam Lee itu bakal dipentaskan di Auditorium Panggung Seri Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKNN) Melaka pada 20 hingga 22 Disember 2024.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi