suria

Selepas Jangan Pandang Belakang 2, Pierre Andre tidak janji kembali aktif buat filem... Keluarga fokus utama

PELAKON dan pengarah Pierre Andre tidak menjanjikan untuk terus kembali aktif dalam industri meskipun baru sahaja selesai mengarahkan filem Jangan Pandang Belakang 2...Aku Tahu Asal Usulmu.

Ini kerana Pierre atau Muhammad Pierre Andre Nazarul Andre, 39, berkata, dia lebih mengutamakan keluarga terlebih dahulu berbanding kerjaya seninya.

“Saya tidak boleh janji benda (terus aktif) sebab fokus utama saya adalah ahli keluarga. Kalau mereka (keluarga) perlukan saya, jadi saya akan berhenti sekejaplah (daripada buat filem).

“Tetapi selepas filem Jangan Pandang Belakang ini, fokus saya adalah filem Dajjal yang akan keluar. Itu 100 peratus karya saya dan idea saya,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Pierre mengakui yang dia berasa gementar terhadap penerimaan penonton selepas menonton filem Jangan Pandang Belakang 2... Aku Tahu Asal Usulmu.

“Orang punya harapan tentang filem ini sangat besar sebab yang pertama sudah fenomena. Apa-apapun dia bergantung kepada rezeki Allah. Kalau berjaya Alhamdulillah, kalau tidak pun saya bersyukur,” ujarnya.

Untuk info, Jangan Pandang Belakang 2 yang dibintangi oleh Emma Maembong, Mawar Rashid, Alif Hadi, Khatijah Tan dan ramai lagi itu sudah mula ditayangkan di pawagam sejak 21 November lalu.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi