suria

20 tahun jadi pelakon, Aedy Ashraf tak pernah nampak budaya buli di lokasi penggambaran

SEPANJANG 20 tahun berada di dalam industri hiburan, pelakon Aedy Ashraf berkata dia tidak pernah sekalipun melihat kejadian buli berlaku di set penggambaran.

Malah kata Aedy atau Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 31, kehadirannya di dalam industri juga disambut baik dan mudah bergaul dengan semua pihak.

“Saya tidak pernah nampak kejadian (buli pelakon baru). Setakat ini sepanjang perjalanan saya (di dalam industri), saya tidak pernah nampak budaya tersebut.

“Saya juga tidak susah untuk bergaul dengan pelakon senior, mungkin sebab saya mula (berlakon) daripada kecil. Tetapi memang tiada masalah tentang itu (bergaul) dengan pelakon senior, malah dengan pelakon baru pun,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Aedy merupakan salah seorang pelakon dalam filem Kahar: Kapla High Council yang bakal mula ditayangkan pada Khamis ini.

Selain Aedy, pelakon yang turut membintangi filem tersebut adalah Amir Ahnaf, Sky Iskandar, Thompson Goh dan Fazziq Muqris.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi