suria

Umur 27 tahun masih muda, Muaz Zabir belum fikir kahwin... Ramai cuba dekat tapi tak layan

PELAKON Muaz Zabir menganggap umurnya masih muda untuk mendirikan rumah tangga.

Meskipun suka hidup berkeluarga, namun, Muaz, 27, berkata, dia belum terfikir untuk menamatkan zaman bujangnya itu.

Malah, cubaan beberapa pihak untuk mendekatinya juga terpaksa ditolak kerana mahu memberikan fokus terhadap kerjaya seni.

“Ramai yang tanya saya bila nak berkawin, tetapi umur sekarang ini untuk industri masih muda (untuk berkahwin). Ramai artis yang kahwin lambat. Ia tidak bermakna saya tidak mahu kahwin, tapi belum masanya.

“Kita kerja dalam industri hiburan ini, mestilah ada yang nak mendekati walaupun tidak tahu apa niatnya. Sekarang ini saya mahu fokus pada diri saya dahulu. Saya tidak mahu tambah kontroversi bukan-bukan,” katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai masih belum puas dengan zaman remaja, Muaz menjelaskan yang dia ketika ini hanya mahu menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelumnya.

“Saya ini tidaklah baik. Saya ini orang biasa juga yang tidak lari daripada buat silap. Untuk sekarang ini, kerjaya pelakon banyak membantu saya untuk jadi lebih baik. Saya mahu jadi public figure yang orang segan,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi