suria

“Mereka ini tiada otak!” - Didie Alias tegur selebriti rosakkan nama industri, jaga kelakuan sebagai anak seni

PELAKON Didie Alias meminta rakan selebriti supaya menjaga kelakuan mereka supaya tidak terlibat dengan kes jenayah.

Didie atau Fadzilah Mohd @ Ali, 52, berkata hari ini sangat mudah untuk menjadi seorang selebriti tidak sama seperti sewaktu awal kemunculannya dahulu.

“Nak beritahu mereka itu tiada otak, ingin masuk industri sangat susah berbeza... Sekarang sudah ada media sosial dan ia lebih mudah, tular sahaja satu isu sudah menjadi pelakon, pelawak dan sebagainya.

“Mereka tinggalkan kenangan... bukan kenangan manis tapi kenangan pahit! Kalau rasa tidak boleh hadapi, jangan masuk industri aku, kami dari dulu sampai sekarang menjaga nama baik,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Didie juga menasihati selebriti di luar sana agar memikirkan keluarga sebelum melakukan sesuatu perkara tidak baik.

“Kena fikir keluargalah, mungkin mereka ada isteri, ada anak, dan ibu bapa... Apa perasaan mereka bila dapat tahu perkara tersebut berlaku, walaupun belum dijatuhkan hukum, keluar saja kes satu Malaysia tahu dan ibu bapa akan memikirkan perkara tersebut,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi