suria

Aris Ariwatan fokus persembahan amal PIBG, mahu bantu demi kepentingan pelajar di sekolah

PENYANYI Aris Ariwatan lebih banyak memberi fokus kepada undangan persembahan amal sebagai salah satu cara memberi balik kepada masyarakat menerusi bakatnya.

Ini termasuk memberi fokus kepada persembahan amal pada majlis makan malam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam membantu mereka mengumpul dana.

Aris atau Haris Fadzillah Daud, 60, berkata, dia sebenarnya sudah lama terbabit dengan kerja-kerja amal namun jarang mendedahkannya kepada umum.

"Boleh dikatakan hampir separuh undangan yang saya terima semuanya berbentuk amal dan paling banyak adalah untuk PIBG sekolah.

"Sekolah di Malaysia ini memang memerlukan dana bukan sahaja untuk pelajar tetapi pembangunan sekolah.

"Saya sendiri harap lebih ramai pihak termasuk golongan selebriti tampil membantu PIBG demi kepentingan anak-anak kita," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi