suria

Penganjur janji RM30,000 tapi bagi cek tendang, Ameng bersangka baik anggap bukan rezeki

PENYANYI Ameng pernah ditipu pihak penganjur yang gagal melunaskan bayaran sebanyak RM30,000 dijanjikan kepadanya beberapa tahun lalu.

Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail, 55, berkata, tidak cukup dengan itu dia juga hampir dihalau daripada tempat penginapan disediakan penganjur susulan tidak membuat pembayaran kepada pihak hotel.

"Persembahan itu di Kuantan, Pahang dan penganjur minta saya membuat penampilan di tiga acara iaitu forum, menyanyi di majlis makan malam serta sesi bertemu peminat.

"Apabila selesai kerja selama empat hari, saya hanya dapat terima wang pendahuluan dan bakinya penganjur beri cek tendang.

"Tak cukup dengan itu, saya juga hampir dihalau daripada hotel disebabkan penganjur gagal membuat pembayaran penuh," katanya kepada mStar.

Cerita Ameng, ketika itu dia merasakan seolah-olah pihak tersebut mengambil kesempatan terhadapnya apatah lagi ketika itu dia baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun.

Bagaimanapun Ameng tetap bersangka baik perbuatan pihak penganjur itu disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan.

Malah sehingga ke hari ini dia masih belum mendapat bayaran penuh dan penganjur hanya memberi sebahagian daripada jumlah dijanjikan.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi