suria

Agy rasa ‘annoying’ baca komen kecaman, lebih berhati-hati pilih fesyen... Syukur keluarga memahami

BARU sahaja melancarkan lagu barunya berjudul Uno Dos Tres, personaliti media sosial Agy menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

Kata Agy atau Muhammad Affizy Mohd Khairy, 29, dia cuba untuk menerima segala teguran itu dan mengambil maklum mengenai penampilannya yang menjadi bualan netizen itu.

“Saya bukan jenis yang tidak menerima apa yang orang nasihatkan, saya terima apa yang mereka nasihatkan.

“Saya cuba mana yang mereka tak suka itu saya cuba untuk kurangkan, saya tahu apa yang mereka cakap itu ada betul dan ada tidak, jadi yang mana betul saya ambil dan mana tidak itu saya ketepikan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Agy berkata kecaman yang timbul setiap hari membuatkan dia berasa kurang senang dengan apa yang diperkatakan oleh mereka itu.

“Saya dah biasa dengan kecaman cuma nak kata tertekan itu tidak cuma boleh dikatakan lebih kepada menyampah sebab saya dah penat nak jelaskan,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi