suria

Sukar teruskan legasi Jambu tanpa Pak Yus, Tauke mahu ‘comeback’ lebih aktif di pentas lawak

NAMPAKNYA tahun 2024 dilihat cukup mencabar buat pelawak Tauke Jambu.

Selain isu sensasi mengaitkan namanya, Tauke atau Zamatul Amri Zakaria, 48, memberitahu keputusan untuk bersara pada tahun 2021 turut memberikan kesan terhadap dirinya sehingga kini.

“Tahun 2024 ini merupakan paling teruk dalam industri hiburan sebab lepas umum bersara saya menyepi dan hanya lakukan kerja dalaman serta tidak banyak bergaul dengan pelawak lain.

“Masa buat keputusan tu hati tengah marah dan remuk jadi lepas ni buat keputusan memang kena tunggu reda dulu sebab orang pernah tua cakap jangan buat keputusan waktu tengah marah,” kata Tauke kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi