suria

Pertama kali jadi jahat, Harissa Adlynn terbawa-bawa aura ‘Adrea’ sampai ibu jadi mangsa

PELAKON Harissa Adlynn mendedahkan dia terbawa-bawa dengan karakter dibawanya sebagai Adrea menerusi drama Calar Cinta di TV3.

Harissa atau Harissa Adlynn Abdul Halim, 21, berkata, sikapnya bertukar menjadi seorang pemarah sehingga dia pernah meninggikan suara terhadap ibunya di rumah.

Jelasnya, perkara itu mungkin disebabkan dia bersungguh-sungguh mendalami karakternya kerana itu adalah kali pertama dia memegang watak antagonis.

"Bila dapat watak itu saya memang gemuruh sebab itu pertama kali saya dapat watak jahat sepanjang berlakon.

"Sejujurnya saya terbawa-bawa dengan karaker itu. Saya jadi cepat marah sampaikan saya pernah terkasar bahasa dengan ibu ketika di rumah.

"Ibu pun ada tegur perubahan sikap saya malah netizen pun ada meluahkan rasa benci dengan watak yang saya bawa," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Harissa teruja apabila namanya tercalon menerusi All Star Influencer Award (Asia) 2024 yang bakal berlangsung pada 7 Disember nanti di Kuala Lumpur.

Ia turut menampilkan persaingan personaliti media sosial di lapan buah negara Asia lain termasuk Korea Selatan, Indonesia, Filipina, Taiwan dan Thailand.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi