suria

3 tahun Khalis The Real Spin derita masalah saraf, dulu terlantar sekarang boleh berjalan tanpa tongkat

SELEPAS beberapa tahun menderita penyakit saraf, vokalis kumpulan The Real Spin iaitu Khalis sudah bersedia kembali aktif dalam dunia seni selepas kesihatannya semakin pulih.

Walaupun pergerakannya masih terbatas, Khalis atau Muhammad Khalis Md Shari, 35, tidak mempunyai masalah untuk mengadakan persembahan pentas malah teruja dapat kembali menghiburkan peminat.

"Masalah saraf sebelum ini membuatkan saya tak dapat meneruskan karier nyanyian sebab sukar bergerak.

"Tapi sekarang Alhamdulillah saya sudah boleh menyanyi semula cuma tak boleh terlalu aktif seperti dulu.

"Tahap kesihatan sekarang sudah 70 peratus pulih dan tak perlu lagi bergantung kepada walker atau tongkat untuk berjalan," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Khalis berkata, dua adiknya yang juga penyanyi Tajul Arif dan Beby Acha turut banyak membantu dia kembali bangkit.

Malah dia bakal tampil dengan single terbaharu berjudul Suara Rindu selepas kali terakhir tampil dengan lagu Di Pintu Syurga tahun lalu.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi