suria

Salma tak lepas Top 100 OIAM, reda tidak ada rezeki… “Mungkin juri tak suka saya!”

TIDAK terpilih sebagai Top 100 program nyanyian One In A Million, penyanyi Salma Asis tidak terkilan meskipun jauh di sudut hati teringin untuk menyertai pertandingan berkenaan.

Kata Salma, 34, dia sentiasa menerapkan konsep reda dan tidak mahu terlalu berharap kerana bimbang memberikan kesan terhadap emosi dan mentalnya.

“Mestilah saya nak sangat masuk program itu, namun tiada rezeki tapi saya tidak terkilan. Dalam diri ini saya terapkan konsep reda. Saya tidak mahu terlalu berharap sebab takut saya mental dan juga stres,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Salma turut mendedahkan ada orang sekeliling termasuk artis memandang rendah terhadapnya kerana nama masih belum mekar di dalam industri.

“Ada sahaja dalam kalangan artis pun ada sahaja sebenarnya. Dia kata saya tidak akan kemana-mana. Tetapi saya tidak kisah sebab saya percaya ‘luck’ itu Allah yang bagi, yang penting usaha,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi