suria

Ruhainies sentiasa bawa tasbih digital, amal selawat cari ketenangan... Syukur rezeki mencurah-curah

PELAKON Ruhainies mengakui amalan berselawat sebanyak 1,000 kali selama 40 hari banyak memberi perubahan positif terhadap dirinya.

Selain dilimpahkan rezeki yang tanpa henti, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, juga mengakui dia kini lebih tenang dalam menghadapi pelbagai dugaan, kesihatan dan pelbagai lagi manfaat lain.

“Saya sebenarnya tidak mahu terlebih kongsikan tentang perkara ini sebab tidak mahu kurang pahala. Jujurnya, saya ada banyak positif maklum balas daripada pengikut. Ada yang sudah mulakan selepas tengok Instagram saya,” katanya kepada mStar.

Kongsi Ruhainies, sekiranya mempunyai masa lapang, dia tidak mahu mensia-siakan peluang tersebut dan memenuhi waktu dengan berselawat.

Selain itu, bagi menambah bekalan akhirat, aktres itu turut memaklumkan dia ada menyertai kelas agama secara dalam talian.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi